Lazada Malaysia Mohon Maaf

Rentetan dari entri Lazada Malaysia Menipu?ย . Selepas lebih kurang 3 bulan, minggu lepas, eyriqazz terima e-mail dari staff Lazada Malaysia. Lebih kurang memohon maaf atas barang yang diorder tidak sampai :

E-mail dari Aaliyah Soraya, Marketing Associate dari Lazada Malaysia
Baruje eyriqazz bercadang untuk laporkan kepada KPDNHEP dan SKMM pasal barang yang tidak sampai ini. Tapi memandangkan e-mail yang dihantar ini, eyriqazz holdkan dulu dan kasi no. telefon.
Aaliyah call me. Katanya dari pihak Lazada Malaysia dia memohon maaf. She stumble upon my blog bila dia “googling around about Lazada Malaysia”. Katanya my case antara top priority nya. Umm, mungkin keyword “Lazada malaysia” entri eyriqazz antara di page awal. Katanya ada lebih kurang 1,000 kes unhappy customer yang cuba mereka selesaikan kini, termasukla eyriqazz.
Katanya lagi, dia memohon maaf. Staff yang bawa eyriqazz ke ofis Lazada Malaysia sebelum ini sudah resigned. Katanya lagi, jangan pandang ringan pada pengaruh bloggers, memang memainkan pengaruh yang kuat especially dalam buat decision “Buy or Not”. Sempat juga, eyriqazz explain kepadanya, saya tak suka the way diorang treat bloggers sebelum ini i.e. ketika cuba untuk engage bloggers promosikan “Lazada Malaysia”.Eyriqazz e-mail balik e-mail2 correspondence sebelum ini kepadanya.
Dipendekkan cerita,
Jawapan dari Aaliyah
Promise utk hantar barang yang belum diposkan
Pagi tadi, terimalah bungkusan dari :
Lazada Malaysia
Barang yang diorder 3 bulan lepas,salah satu yang tak sampai akhirnya sampai
Siap kasi extra barang yang tak diorder… Yang tak sampai diapers je
So, eyriqazz fikir, tutup kes. Perception ke atas Lazada dari 8/10 ke 2/10 sekarang meningkat ke 4/10. Tunggu dan lihat dulu kalau mahu shopping lagi di Lazada Malaysiaย in future.
P.s : Don’t play-play with bloggers. Jangan cuba nak pergunakan kami dan jangan cuba untuk menipu kami.”Kalau bagus akan dikatakan bagus, kalau tidak akan dikatakan tidak”. Indeed, tahniah buat Lazada Malaysia kerana mengakui kesilapan mereka dan hantar kembali barang yang tidak sampai.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

58 thoughts on “Lazada Malaysia Mohon Maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.