Kisah Basikal Tua

Basikal tua itu banyak berjasa kepadanya. Aku kaget memerhatikan kerenahnya. Dibawanya basikal tua itu kesana ke mari. Di mana dia memperolehi basikal tua itupun ku tak pasti. Bukan mudah untuk melihat basikal tua di tengah-tengah kota raya KL ini.
Di waktu malam, 3 hari dalam seminggu, diletakkan baldi di belakang basikal tua itu. Dengan kelengkapan yang lain. Sabun, berus, untuk mencuci kereta di kondoku. Masuk kali ini, sudah tiga pemilik yang kukenali bertukar tangan. Bisnes kecil-kecilan yang dipaskan kepada rakan.
Eyriqazz : Boss, banyak ke kereta cuci?
Boss : Bolehla..Di kondo ini adalah dalam 70 buah kereta sebulan. 
Fuhh, boleh tahan juga. Bagi yang mengambil perkhidmatannya cuci kereta seminggu 3 kali, sebulan di kenakan charge RM30. Kalau 70 buah kereta, sudah RM2,100? Kerja pun hanya tiga kali seminggu di waktu malam. Tax free.
Boss yang eyriqazz maksudkan adalah warga asing berbangsa India. Cakap melayu pun tak berapa fasih. Namun, pandai mencari rezeki. Kalau 2 kondo dia buat, average RM4K+. Umm, ada antara kitapun masih ada yang belum cecah gaji sebanyak itu kan?
Itulah rezeki. Kerja Sendiri vs Kerja makan Gaji, jika rajin berusaha dan kreatif, InsyaAllah akan membuahkan hasil.
P.s : Kredit Picture Here
P.s.s : Kalau warga asing mampu hidup mewah dan selesa di negara kita, kenapa tidak kita? Di manakah silapnya? Tepuk dada, tuding jari dekat diri sendiri…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Kisah Basikal Tua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.