Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Jealous juga bila tengok Pakcik Goyang yang sudah kerja sendiri. Bergiat aktif dalam Pelaburan Hartanah,ebook, seminar, etc dan mampu memperolehi income lebih dari kerja fulltimenya dulu disamping dapat luangkan lebih banyak masa dengan keluarga, anak-anak dan mengorat gadis-gadis genit berjogging.

 


Bila pula masanya untuk Eyriqazz?
 
Alihkan seketika kisah Pakcik Goyang yang memang dah kaya itu. Berkongsi pengalaman kisah Pakcik Eyriqazz, dari makan gaji jadi pemandu peribadi kepada orang kaya, dibuang kerja kerana sikap Isteri majikan yang keterlaluan, dan kini :
 
Berniaga kecil-kecilan Kuih Akok dan Bahulu
Berminat nak order sekitar Marang, Terengganu , silala hubungi : Mak Ta @ Pak Alang di 019-9231279
 

Mak eyriqazz cakap, sekarang hidup dan ekonomi pakcik eyriqazz lebih stabil. Kalau dulu kerja dengan orang, selalu kena bergadai bila kesempitan wang. Sekarang ini, jualan akok dan bahulu pakcik memang mendapat sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi bukan mudah nak cari kuih bahulu dan akok yang “kembang cantik” dan masih lagi dimasak menggunakan cara tradisional menggunakan sabut kelapa. Kadang-kadang sehari boleh dapat dalam RM300-500. Lumayan juga kan?.

[+] Panduan Jana Wang di Rumah

 
Makan gaji vs kerja sendiri, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi yang makan gaji dan ingin beralih ke kerja sendiri, tentu banyak yang bermain di fikiran i.e. bolehke untuk long term? Medical dan insurans camne? Anak-anak bini boleh ke makan nanti? Sebabtu sifu saya cakap, rancangla dengan teliti dan bina side income yang konsisten jika mahu beralih dan kerja sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, kan?
 
P.s : Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri, mana yang lebih menguntungkan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

43 thoughts on “Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.