Durian Crepe – Pengalaman Pertama

Papa, jomla pekena durian Crepe. Teringinla nak makan sejak tengok ramai bloggers upkan entri pasal durian Crepe ni. Cishh2, Sumigigi, i blame u for this.
 
So, semalam, singgahla Midvalley. Cik Epal cakap ada dua kedai di Midvalley yang jual durian crepe.Check out Resepi Durian Crepe Gebu dari Cik Epal dan Durian Crepe Penuh Kontroversi dari Cikmin
 

Yummy, yummy, nampak sedap la Durian Crepe dari Sweet Chat ini .RM8.90 3 ketul

Bad news, sampai around 7.30 malam, dah sold out. Fuhh, macam pisang goreng panas ketika hujan la durian crepe ni
 
Tak puas hati, terjahla LG pula. Tak pasti gerai mana satu. Pusing-pusing, jumpalah akhirnya :

 


Sumptous Desserts. 1 paket RM10.
 
Time ni ada 3 paket je lagi. Mamat sebelah terus rembat sepaket. Fuhh, tak boleh jadi ni. Terus kami rembat 2 paket. RM20.

Gerainya di Depan Sushi Tei, LG. Tengok tu, habis licin…

Jemput makan, jangan malu-malu.
Ngap..
 
Isteri : Rasa macam durian je Papa?
Eyriqazz : Lorr, dah nama pun durian crepe, mestila rasa durian, takkan la rasa laici or tembikai kan?
 
Nyam2…makan lagi. Lembut, sejuk, fuhh, semerbak rasa menusuk 

Sedap, Kena dengan selera saya
 
Pengalaman pertama try durian crepe ni, memang sedap dan kena dengan tekak saya. Patutla demam durian crepe sekarang ni dan semakin menjadi bualan ramai.

Ada yang tanya. Apa rasa Durian Crepe..?

Luar dia kulit dari tepung yang dimasak nipis. Kemudian diisi dengan krim dan isi durian istimewa. – Credit entri Durian Crepe
 

Ala, 4 ketul je lagi tinggal ni…3 Untuk Papa, 1 untuk sayang…Ok?
X sampai sejam, habis licin durian crepe yang dibeli..Hik3..
 
P.s : X puas lagi try durian crepe. Besok order durian crepe dengan Irma London, next week nak mencuba yang dari La’Min Sweet Craving pula..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Durian Crepe – Pengalaman Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.