AbangEnsem vs Nadot

Bukan senang untuk membuat perbandingan antara blogger sebenarnya, tambah-tambah lagi blogger yang kita masih belum kenal tetapi dek tugasan yang diberikan, perlulah saya membuat sedikit kajian dan mengenali penulis blog kepada abangensem.com dan nadot.my dengan lebih mendalam.

Sebelum saya membuat perbandingan antara dua blog ini saya akan memperkenalkan kepada semua siapakah sebenarnya tuan empunya blog abangensem.com dan nadot.my:
 
 
[ Source ] : abangensem.com
 
[ Source ] : nadot.my


Kita akan berbicara berkenaan AbangEnsem dahulu. “AbangEnsem” mungkin penulis-penulis blog baru seperti saya sendiri agak tidak mengenali akan siapa dan mengapa penulis blog ini digelar AbangEnsem. Menurut kajian dari beberapa buah blog, kebanyakannya besetuju mengatakan AbangEnsem ni memang kacak sampai Aaron Aziz pun tergugat dan gosip dari Mak Jemah ada mengatakan AbangEnsem sekarang sedang sibuk untuk dapatkan Six Pack pada badan beliau.
 
Selain itu, blog AbangEnsem juga dikenali kerana dikatakan taukeh Ebook Hartanah yang berjaya di Malaysia sehinggakan ramai anak-anak muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah. Menurut pandangan peribadi apa yang AbangEnsem cuba lakukan adalah satu perkara yang baik, kerana tidak ramai anak-anak melayu yang menceburkan diri dalam bidang ini, kebanyakannya bukan dari kaum Melayulah.

AbangEnsem juga dikhabarkan sedang sibuk dengan persiapan untuk menganjurkan seminarnya yang bakal berlangsung pada bulan hadapan. Seminar yang bakal berlangsung tersebut merupakan seminar yang ke 13 dianjurkan oleh beliau.

Nadot” agak kelakar nama blog tersebut, tetapi kita tiada hak untuk ketawakan mana-mana orang kerana itu hak mereka. Sebuah lagi blog yang saya baru juga kenal, sekali imbas entri-entri didalam blog tersebut terfikir pulak mesti kaki makan perempuan ni, awesome dapat kenal blogger kaki makan, kita serupa.
 
 

Kalau perhatikan betul-betul lah gambar Nadot ni dah macam bekas guru saya jer, mula-mula terkejut jugak, mungkin betul cikgu sejarah saya punya blog takut pula nak update entri ni, kang takut kena sumpah dengan cikgu heheh nasib baik bukan. Untuk pengetahuan semua Nadot merupakan bekas pelajar Universiti Malaya dimana disitulah tempat saya belajar sekarang. Boleh ajak senior ni ngeteh lepas ni hehehe.
Perbandingan antara AbangEnsem dan Nadot mari kita saksikan:
 
 
*hasil kaji selidik pada blg mereka

 

Apa yang jelas berbeza pada mereka adalah cara mereka mengetengahkan blog mereka dimata pembaca sehinggakan boleh berjaya dan terkenal dengan blog mereka. Jika ingin menjadi yang terbaik mestilah belajar dari yang terbaikkan, so jadikan mereka sebagai panduan ketika dalam masalah.
 
Artikel ini dibawakan khas oleh Jal merupakan seorang pelajar, penulis bebas dan pemilik blog Maza Mohd sempena Birthday Eyriqazz

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “AbangEnsem vs Nadot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.