WordPress Private Training Bersama Denaihati Network

Alhamdulillah, minggu lepas (7 Oktober 2012), sempatlah menghadiri WordPress Private Training yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Yup, eyriqazz sudah lama pasang niat untuk beralih kepada wordpress (own hosting + domain), namun atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, masih belum berkesempatan lagi.
 
Pucuk dicita, ulam mendatang, seminar ini memberikan lebih peluang untuk eyriqazz belajar selok belok WordPress dari yang lebih mahir/berpengalaman. Memang excited.
 
Sesi Introduction dari Denaihati
 
Sesi Intro, bro denaihati berkongsi sejarah perjalanannya dari blogspot ke WordPress. Kenapa dia beralih kepada wordpress dan apa kelebihan wordpress etc. Selepas itu, peserta masing-masing memperkenalkan diri. Timeni la Abang Ketak kita mula bercerita kisah Awek-awek Jelita yang berjaya dipancingnya.
 
Then , Bro Eizil mengambil alih. Bro eizil, seorang programmer, tulang belakang di sebalik Denaihati.com. Dialah yang menyelenggara dan menjadi Admin kepada blog Denaihati.

 

Objektif training tersebut

Bro Eizil, kagum dengan ilmu yang dimiliknya
 
Hand on training yang diajarkan memang lebih berkesan. Gaya penyampaian dari bro Eizil, mudah difahami. Sesi soal jawab pun mampu dijawab oleh eizil dengan jelas dan berkesan. Kiranya like myself yang 0 knowledge on WordPress, memang banyak yang saya dapat belajar selok belok berkenaan WordPress ini i.e. pemasangan, security, apa yang perlu dibuat, kelebihan, dan pelbagai lagi.

 

Kusyuk Peserta mendengar
Eizil : Tips-tips untuk memikat gadis
AE : Ehh, kalau tajuk tu, eden lagi pakar..
 
Just kidding. Bro eizil menerangkan pelbagai fungsi, widget, plugin,theme berkenaan wordpress. Secara peribadi, memang ini antara training terbaik yang pernah saya hadiri bagi memperbaiki ilmu blogging dan maju ke hadapan. Kalau serius mahu jana pendapatan dengan blog, WordPress mampu menjenamakan blog anda ke arah yang lebih positif.

 

Sambil belajar, sambil minum Air Biocypress. Bagus untuk sistem percernaan. 
Berkali-kali AE keluar masuk toilet..Hik3
Punca Masalah Keselamatan bersama WordPress
Sumijelly, take note yang No. 5 tu ” Jangan Mulut Cabul”
 
Banyak yang saya belajar hari tersebut. Sememangnya WordPress banyak widget dan applikasi yang lebih menarik yang boleh diapplikasikan untuk maju ke hadapan dan nampak lebih profesional dalam berblogging. Yes, eyriqazz sendiri akan beralih kepada WordPress tak lama lagi.
 
WordPress or Blogspot, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tepuk dada, tanya selera, antara sebab Eyriqazz mahu beralih kepada WordPress (Domain + Hosting sendiri ) adalah :
 
1) Nampak lebih profesional dan lebih dipandang oleh potential Advertiser. Tengok saja pada Redmummy, Beautifulnara, Denaihati, Rebecca Saw, YanmieOnline, dan ramai lagi. Yup, ramai je bloggers hebat bersama blogspot i.e. Fatin Liyana, Hanis Zalikha,Yuyu Zulaikha etc namun adakah kita ada apa yang mereka ada?
2) Lebih mesra SEO ( Penting bagi blogger yang mahu pergi lebih jauh dan menjana pendapatan sampingan dengan blog)
3) Aura positif dan lebih menawan bloggers yang beralih kepada WordPress (Antaranya Shakiddo.Com, RabiatulAdawiyah.com, Puanbee.com, dan ramai lagi)
4) Xia Xue (Top Singapore blogger) turut mengatakan dia sendiri menyesal dan teringin untuk beralih kepada WP semasa Nuffnang Blogopolis 2012. 
5) Banyak applikasi menarik yang boleh digunakan bagi menjenamakan blog 
 
Yup, kekurangan WP pun ada i.e. bandwith limit etc namun bila difikirkan kelebihan dan kekurangan, rasanya WP adalah lebih sesuai dengan eyriqazz untuk lebih maju dalam berblog. Lagipun, who know one day Google pun mungkin mengenakan charge kepada blogspot or tetiba blog tersebut dipadamkan dari google?

 


Bersama Sifu dan Peserta yang turut hadir
Dari Kiri : Ammar, Eizil, Denaihati, RabiatulAdawiyah, Faizal PJ, Eyriqazz, dan Mamat 6 Pax
CikLilyPutih balik lebih awal, ada majlis yang perlu dihadiri

Tepuk dada, tanya selera. RM50 yuran penyertaan (harga sebenar RM250), satu pelaburan yang berbaloi dalam memperbaiki mutu berblog dan maju ke hadapan. Who know one day Eyriqazz mampu mengikut jejak langkah AE, Ben Ashaari, Beautifulnara dan menjadikan blog sebagai medium pendapatan utama dan keluar dari “Rat Race” dan bersara dari kerja pejabat di masa hadapan.
 
Bagi yang berminat menghadiri seminar seperti ini di masa hadapan, bolehla hubungi Denaihati or Eizil terus di saya@denaihati.com or eizil@eizil.com . Oh ya, Eizil la juga yang akan menjadi tulang belakang bagi Eyriqaz.com beralih ke WordPress soon .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “WordPress Private Training Bersama Denaihati Network

Leave a Reply to Mizi a.k.a SKELERTOR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.