Rindu Blog Mereka

Sepanjang berblog ini, ada bloggers yang datang dan pergi. Ada yang semakin kurang aktif, ada yang tutup blog terus. Antara penulisan blog yang eyriqazz rindui :

Secara peribadi, Inilah Sifu Eyriqazz yang paling memberikan impak sepanjang berblogging. Dialah yang banyak mengajar tips blogging, Tips Buffered Earning, Tips Menambat Hati Nuffnang, Tips Mesra Readers, Tips Advertorial, Tips Membina Aura Tersendiri dan pelbagai tips lagi…. Now, sifuku ini dah kurang aktif berblogging. Serius, sangat rindu penulisannya yang eden rasakan lain dari yang lain dan memberikan impak yang begitu mendalam kepada ramai bloggers di luar sana.

#Zackzukhairi (Credit Picture Here )

Siapa tak kenal blogger ni sila angkat tangan? Auranya memang memukau. Baca entrinya 5-6 kali pun tak rasa bosan. Penuh dengan maksud tersurat dan sirat dengan gaya penulisan yang memang “Woww”.Tersenyum dan hilang tension baca entri-entri jiwang dan kehidupannya . Ada jiwa dan menyentuh sanubari laa…. Gadis-gadis sure ramai yang suka stalk and baca blog Mamat kacak ini… “Realiti Konspirasi”, Bolehla eyriqazz katakan Ini Blogger Popular Melayu punyai Aura seperti Fatin Liyana versi lelaki.

Owwh, eyriqazz tak pernah jumpa Zack in real life..

# Madammondoq @ http://madammondoq.com/

Sejak pregnant ni, blog dia dah mula bersawang. Kalau time dia aktif, komen di blognya cukup menjadi kegemaran lelaki-lelaki Macho terlebih kasih sayang seperti Boni Kacak, AE, Shakiddo n the gang mengomen dan menjadikan ruangan komen di blog madam ruangan untuk berchatting. Madam ni blogger unik juga eyriqazz rasakan, mempunyai aura tersendiri dan mempunyai Aura ala-ala Wartawan Nona.


#  Je Jai @ http://www.teratakarmo.com

Dah dua bulan blog Je Jai tak berupdate sejak kesihatannya yang semakin tidak menentu selepas disahkan mengidap Kanser Paru-Paru Stage 4 . Rindu dengan penulisannya. Rindu untuk menyakatnya dengan Fasha Sandha dan Rozita Che Wan lagi. Rindu nak mengeteh “Geng Bujang Lapok di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang”. Honestly, dia blogger terbaik yang pernah eyriqazz kenal di alam maya/nyata. Sama-samala kita mendoakan kesejahteraan dia dan membantu .


Selain mereka, antara bloggers lain yang masih eyriqazz ingat dan rindui penulisan mereka antaranya Kueh Tart, AusMelankolik (dengan entri kontroversinya Mari Mengenali CIPAP), SweetAina,Miss Lolly dan …….
P.s : Patah tumbuh, gantinya sukar dicari….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Rindu Blog Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.