Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia?

Assalamualaikum
Sebenarnya reputasi buruk pemandu teksi Malaysia bukan berita baru bagi kebanyakan warganegara dan pelancong di ibu negara. Cuma apabila ranking ini dikeluarkan secara rasminya di laman web Londoncabs.co.uk, ianya mendapat liputan meluas dan mula diperbincangkan dengan serius oleh media media cetak di negara kita.
Amaran oleh Tripadvisor : ErrantKL taxi driver

Kurang ajar, selekeh, teksi bau busuk hal biasa.Mengenakan tambang tak masuk akal untuk perjalanan yang pendek, tidak menggunakan meter dengan alasan meter rosak bukan juga perkara baru yang kita dengar. Kalau di tengah KL, banyak yang enggan bawa penumpang ke destinasi yang dituju dengan alasan jalan jem. Walau pun, kes jenayah seperti serangan seksual dan rompakan oleh pemandu teksi masih dikira kes terpencil, ianya adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Bagi penumpang teksi, jangan sesekali tertinggal barang berharga dalam teksi yang dinaiki. Peluang untuk menemuinya kembali amat tipis.

Ini adalah contoh harga tambang yang dikenakan kepada seorang penumpang warganegara Jepun dari KLIA ke Kuala Lumpur. Terdapat 3 resit, dan semuanya tidak kurang dari RM200. Rakan sepejabat saya warga tempatan mendedahkan tambang teksi yang dikenakan kepadanya untuk perjalanan dari KLIA ke KL selepas waktu tengah malam hanya RM150 dengan belian kupon di kaunter yang disediakan.
Kalau hendak bercerita soal pengalaman buruk dengan perkhidmatan teksi di Malaysia ni memang sampai bila pun tidak akan habis. Google saja, akan keluar bermacam aduan tentang perilaku memalukan pemandu pemandu teksi ini. Sama ada warga tempatan mahu pun luar negara.

Bagaimana pun, hakikatnya, kebanyakan pemandu teksi di Malaysia ni hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau jatuh sakit, tak ada pendapatan. Bagi yang menyewa pula, kos menyewa biasanya tak kurang dari RM1500 sebulan atau RM50 sehari. Jadi tak hairanlah kalau mereka terpaksa memeras ugut penumpang bagi menampung kos sewa tersebut.
Saya kurang arif tentang undang-undang dan syarat untuk menjadi pemandu teksi. Tapi, melihatkan fenomena yang berlaku, pada saya undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan dengan baik. Kesannya, kita boleh lihat ramai warga asing menjadi pemandu teksi sekarang ni.



Pemandu teksi dikatakan adalah ambassador kepada negara, maka kualiti pemandu teksi ini sepatutnya di pantau bagi mengelakkan isu ini terus menerus mencacatkan imej negara di mata dunia. Dan dalam masa yang sama, saya berharap agar tindakan yang sesuai akan diambil bagi membela nasib pemandu teksi. Jumlah pemandu teksi juga perlu disemak semula kerana bilangan yang tinggi di satu kawasan boleh menyebabkan persaingan yang sengit berlaku dan mengurangkan pendapatan mereka.
Dengan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang berterusan, mereka tak akanberkesempatan lagi nak memeras ugut penumpang seperti yang sering berlaku pada hari ini.



Sebagai pengguna pula, kita kena ambil tahu hak kita. Jangan biarkan pemandu teksi ni ambil kesempatan pada kita. Gunakan sistem kupon yang disediakan dan bagi wanita, elakkan dari menaiki teksi seorang diri pada waktu malam. Sifat berhati-hati mungkin boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda kita.
Sekian.

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih buat saudara Eyriqazz kerana sudi memberi peluang dan ruang buat blogger picisan seperti saya untuk menulis di sini. Bagi seorang blogger yang tak berapa nak femes seperti saya, peluang seperti ini adalah ibarat bulan jatuh ke riba.

Tentang penulis : Dengan menggunakan nama pena Rai, saya telah mula menulis sejak tahun 2008. Kebanyakan penulisan saya adalah berkisar tentang aktiviti keluarga, perkembangan anak-anak yang diselang selikan dengan pandangan dan perkongsian tentang hasil pembacaan saya mengenai isu semasa, kesihatan dan kecantikan. Bagi yang tercari cari info tentang sistem rawatan air yang baik, saya juga ada kongsikan tips bagaimana memilih teknologirawatan air yang baik dan boleh dipercayai dalam beberapa entry yang agak panjang lebar tetapi amat berbaloi untuk dibaca.
Follow saya
Blog : Ourkizuna
Google+ : Rai Ourkizuna

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.