Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona

Kami sekeluarga semangat berkobar-kobar untuk bercuti ke Legoland Malaysia. Seawal pagi, sudah menunggu teksi ke Menara Maybank. 
 
 
Percutian ke Legoland Malaysia 3D2N yang ditaja sepenuhnya oleh Maybank dari pengangkutan, makanan, tiket ke Legoland, hotel penginapan dan pelbagai lagi. Excited mode, memang teruja dan ternanti-nanti apa yang menanti. 
 

Di atas bas, Set lego sebagai ole-ole buat Alisya. Bukan main gembira lagi Alisya dibuatnya

Turut disertai beberapa bloggers ternama di Malaysia dan juga wakil dari The Malay Mail

Penginapan di Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru
 
Memang puas hati menginap di sini. Bilik yang selesa dan lengkap, kemudahan wifi percuma (senang nak update blog dan surfing internet), layanan yang mesra dan dekat dengan bandar.
Media Pass turut diberikan
 
Memang layanan Istimewa diberikan, media pass yang membolehkan saya keluar dan masuk Legoland bila-bila masa di hari tersebut dan turut diberikan Press release, t-shirt dan juga topi legoland sebagai cenderahati. 
 

Meriah, memang ramai orang di hati pertama ini. Semua excited untuk menerjah Legoland Malaysia
Siap dengan Annual Pass lagi mereka ini
 
Rakan seofis saya yang turut datang pada hari tersebut memang mengakui, ramai yang datang berkunjung sampaikan dia sendiri lebih kurang 1 jam setengah untuk mendapatkan annual pass yang sudah dibayar melalui internet. Sambutan memang hangat dan meriah.
 

Around 12 tengah hari, Isteri dan anak-anak pun sampai ke Legoland Malaysia ini
 
First impression Isteri dan anak-anak, cuaca di sini memang agak panas. Nasib baik ada topi dan payung yang sudah dibawa. Kurang la sedikit rasa panasnya dan lebih selesa untuk ke sana ke mari.
 
Harga tiket Legoland Malaysia
Ada Apa di Legoland Malaysia?
 
Secara ringkasnya, Legoland Malaysia ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu The Beginning (sebelum pintu masuk), Lego City,Mini Land, Land Of Adventure,Imagination, Lego Kingdom dan Lego Technic yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Lebih lanjut bolehla layari laman web official Legoland Malaysia : http://www.legoland.com.my
 
Langkahan pertama, kami menerjah Miniland, tempat pelbagai monumen menarik yang dibina dengan menggunakan Lego. Alisya dah excited, terus berlari ke sana ke sini menerjah tempat yang dia gemari :
 
Say Lego…. Bukan main lagi Alisya beraksi

Giliran kami seisi keluarga pula
Happy Mode. Alisya memang sangat excited dan gembira. Langsung tidak nampak dia kepenatan walaupun di bawah panas terik mentari
Monumen KLCC
Aksi berpayung bersama Papa
Sanggup beratur panjang lebih setengah jam demi anak tersayang
 
Alisya nak sangat naik keretapi Lego ini. Memang panjang queuenya. Yerla, dari keretapi ni boleh pusing-pusing sekitar kawasan Legoland Malaysia. 
Tertunailah hasrat di hati. Bukan main gembira lagi Alisya dapat naik keretapi Lego
Berehat sebentar. Lunch di Market Restaurant
Order set Fish & Chip. RM23.50 termasuk air dan mushroom sup
Meneruskan perjalanan. Alisya naik kereta
 
Ini favourite Alisya. 2-3 kali juga dia beratur kembali naik kereta ini. Walaupun gaya pemanduan nya macam papanya sebelum dapat lesen memandu, tetap dia beranikan diri untuk terus mencuba. Usaha tangga kejayaan, tak gitu?
 

Beratur panjang lagi untuk naik bot. Dapat juga

Ini pun best…Tak sempat nak mencuba
 
Honestly, 5jam rasanya begitu singkat untuk explore Legoland Malaysia ini. Banyak tempat yang tak sempat disinggahi dek kesuntukan masa dan juga beratur panjang di tempat yang Alisya gemari. Takperla, at least kami dapat gembirakan hati Insan tersayang. InsyaAllah, ada rezeki boleh singgahi lagi. 
 
Bolehla juga baca pengalaman rakan bloggers yang turut berkunjung ke sini, antaranya :
 
 
First time kamera yang dicharge penuh habis bateri lebih kurang pukul 4 petang dengan lebih dari 300 gambar yang diambil dan juga beberapa video yang diambil. Video dan lebih banyak gambar bolehla tengok di sini :
 
 
Cenderahati yang sempat dibeli dan dibawa pulang untuk keluarga dan pembaca blog
Action speak for itself. Tertidur kepenatan Alisya pulang dari Legoland Malaysia
Maybank antara Official Partner Legoland Malaysia
2 tiket Legoland Malaysia Percuma turut diberikan selepas trip tersebut. Speechless, boleh la bawa keluarga ke Legoland Malaysia lagi lepas ini
 
Overall, rasanya ini destinasi terbaik untuk bawa anak-anak bercuti. Much more better jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon dan Genting Highlands pada pandangan eyriqazz.
 
Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona
Percutian Menarik idaman saya sekeluarga
Akan terjahi lagi di lain masa
Destinasi pilihan saya rekomenkan kepada semua
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Johor saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

63 thoughts on “Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.