Pha-Pha Garden Taman Melawati – Makan Malam Yang Mengecewakan

2nd time singgah di Pha-Pha Garden, Taman Melawati ini. Pengalaman pertama sebelum ini, tidak mengecewakan. Sedap dan kena dengan citarasa. Malam ini, singgah lagi coz ingin mencuba dan mengidam nak makan ikan bakar. Nak pi jauh-jauh, tak sempat pula. 


Tomyam Ayam – Sedap
Suka dengan cara dia masak. Voila, panas-panas lagi

Tanya-tanya tentang ikan bakar. Yang ada malam ini, Ikan siakap ngan kembung je. Orderla siakap, lebih kurang setengah jam , sampai :


Ikan Siakap Bakar  – RM38

Masa sampai memang terkejut coz kosong je. Tanya dia takde kuah kat atas ke? Yang pedas-pedas tu. Then dia bawakan sos thai. Umm, lain diminta lain yang diberi. Mungkin memang camni cara masakan Ikan Bakar di restoran ini.

Tryje secubit dua, WTFisshhh… Honestly, ini pengalaman ikan bakar yang paling mengewakan. Rasa ikannya yang macam kurang masak dan tiada rasa. Kosong, just rasa ikan. Cam tak berbaloi saya bayar RM38 untuk ikan siakap bersaiz sederhana. Serius agak kecewa. Makan je la lauk-lauk yang lain.

Total harga termasuk 2 jenis lauk dan 3 jenis air RM60. Fuhh, terbang my 2 weeks lunch.


Macam-macam hidangan bakar

Harga dan rasanya serius buat saya terbakar

Sorry, my rating this 2nd time, 4/10. Kerana ikan bakar tersebut, spoil mood makan malam hari ini. Keluar dengan muka yang kecewa dan “terbakar”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Pha-Pha Garden Taman Melawati – Makan Malam Yang Mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.