Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perodua 2012

Semalam, sempatlah hadiri Majlis Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perodua 2012 di The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang. Jemputan diterima dek kerna entri ini –> Myvi – Besar Jasanya kepada Kami

Cantik juga kad jemputannya

Disambut oleh Big Boss Perodua. Fuhh, rasa macam VIP pun ada. Bukan senang big boss nak greet pengguna kan?
Agak meriah juga. Namun seorang pun eyriqazz tak kenal. Kan best kalau jemputan buat satu keluarga kan?

Main stage…Kalau ada artis jemputan tentu lebih meriah
Dah beberapa hari raya, inilah kali pertama sempat makan lemang
Airnya nampak menggiurkan. Ambilla Air Laici Kang

Kalau Alisya ada ni, tentu dia suka keropok2 ni

Inilah makanan yang eyriqazz ambil

I put too much expectation, assuming the food will be super delicious. Umm, honestly, makanan di sini rasanya biasa-biasa saja. Apapun, rezeki jangan ditolak kan? Mungkin tidak kena dengan selera saya, makan pun tak habis sepinggan ini. Lepas makan, minum terus gerak pulang.


Tengok kuih muih, namun masih gagal untuk membuatkan saya terliur…
Kambing Golek..Aiseh, nak pulang baru perasan. Tak sempat nak try juga
Kaunter pendaftaran. Ingatkan dapat goody bag..Hahahaha, macam-macam la Eyriqazz ni..


Apapun, put the food aside, terimakasih buat Perodua Malaysia kerana sudi menjemput saya ke majlis rumah terbuka ini…. Tahun depan jemputla ramai lagi..Sure lebih meriah…


Hensem-hensem Big Boss Perodua

The Royale Chulan Hotel, cantik hotelnya

Majlis rumah terbuka saya hadiri
Terima kasih Perodua jemputan di majlis ini
Tahun depan adakan lagi
Jemput lebih ramai pelanggan, sure ramai yang lebih ‘loyal’ nanti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perodua 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.