Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju?

Panas, memang panas bila telefon mak minggu lepas. Mak Eyriqazz cakap adik bongsu eyriqazz skang ada masalah. Masalah kerja.  
Last time, eyriqazz pernah bercerita di blog , yang adik eyriqazz berkongsi tempat dengan seorang abang di kampung untuk bisnes gunting rambut. Kecil-kecilan je pun, bukan besar-besar. Mencari rezeki yang halal dan haluan sendiri. 
Dipendekkan cerita, adik saya bergaduh dengan abang tersebut. Yup, kedai tersebut memang milik abang tersebut dan adik saya tumpang berniaga/gunting rambut. Hasil masing-masing. Tapi before this adik saya memang ada keluarkan duit almost 2k kasi kat abangtu. Bulan-bulan duit sewa pun tetap diberi…
“Kenapa abang ko buat blog post? Kenapa abang ko promote kedai ni? Kenapa abang ko promote kat Facebook? Kenapa ada orang nak gunting rambut tanya nak gunting rambut ngan Kedai Abasz? (adik saya). Ini bukan kedai ko, ini kedai aku….Camnilah, kalau ko nak terus gunting rambut di sini, aku bagi dua syarat, ko pilih salah satu :
1) Either ko bagi aku RM4 ribu dan ko boleh berniaga cam biasa. 
-Amboi-amboi, mentang-mentang perniagaan makin maju dan makin ramai bergunting rambut, letak syarat tinggi-tinggi pula? Mana adik saya nak cekau RM4k?
2) Ko kerja je ngan aku . Aku bayar RM50 sehari kerja dari 10 pagi sampai 10 malam .Semua duit kutipan tu aku dapat. Ko dapat gaji.
-Amboi-amboi, adik saya kerja less than 12 jam tu pun boleh dapat more than rm50 kalau hari ramai orang. RM7 x 20 pelanggan dah RM140 average…
Serius, eyriqazz tak faham. Sebab eyriqazz promosikan kedainya dijadikan alasan untuk bagi syarat yang tidak munasabah kepada adik bongsu eyriqazz. Adik angin, angkat kaki dan berkat pertolongan atok dan saudara mara, now tengah baik kedai depan rumah atok untuk adik berniaga (Sebelah Shell Rhu Rendang)
Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju? Ini salah satu pengalaman yang eyriqazz kongsikan. Hasad dengki dan nak untung seorang saja. Apa salahnya rezeki dikongsi-kongsi? Tak luak pun, the more you share, InsyaAllah the more rezeki yang datang. Itulah yang saya belajar dari Saudara Hidupkan Untuk Memberi.
Hasad dengki memang tak lari dari kebanyakan bisness orang melayu. Dulu mak saya pernah buka kedai runcit. Macam-macam dibadmouthkan pesaing. Nenek saya berniaga jual kuih akok kecil-kecilan. Pun sama,siap dibomohkan sampai kuih nenek tak menjadi…
Inilah mentaliti kebanyakan bisness orang melayu. Pantang tengok orang maju, nak cuba jatuhkan. Pantang tengok maju, nak berdengki-dengki dan jatuhkan. Kalau boleh biar tersungkur dan tak bangun lagi.  Apa salahnya sama-sama naik? .Tengokla bisness orang cina, kedai sama sebelah menyebelah pun, takde barang still rekomen kedai competitor…
Umm, Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju? Apa kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

1 thought on “Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.