Belajar dari Pengalaman Nani Rostam @ Ibu Hanis Zalikha


Semasa trip ke Legoland Malaysia, sempatla berbual-bual dengan Mama Hanis Zalikha @ Nani Rostam. Honestly, eyriqazz cukup kagum dengannya. Mampu membesarkan anak-anak yang boleh dikatakan semuanya pandai-pandai dan dari kecil sudah pandai cari rezeki sendiri.
 
Sempatla korek sedikit rahsia dan belajar dari pengalaman Nani Rostam. Sharing is Caring, ini antara yang ingin dikongsikan :
 
1) Financial Planning
– Kak Nani berkongsi pengalaman, dia bukannya asal dari keluarga berada dan kelulusan hanyalah SPM bekerja bank namun dia rajin mencari rezeki.Jual itu  dan ini, bersengkang mata mencari rezeki. Jangan Banyak Komplen kalau ianya tidak mengikut apa yang kita hendaki dan sekadar menunggu rezeki jatuh ke riba. Mencari rezeki kenalah rajin berusaha dan jangan mudah putus asa. Samalah juga buat Side Income dengan blog, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
 
2) Anak-Anak Bijak/Beauty with The Brain
 
Kak nani ada kongsikan, mendidik anak-anak amatlah penting bermula  dari dalam kandungan lagi. Pemakanan antara yang perlu dititikberatkan. Nutrien dan pemakanan yang berzat amatla penting dalam membesarkan anak-anak.
 
Tips Kecantikan Kak Nanirostam
3) Rahsia Cantik Jelita

 

Selain pemakanan, Kak Nani mengamalkan memakan kolagen JENAMA TOUJOURS SKIN . Kak nani ada jual. InsyaAllah, plan nak beli untuk Isteri juga .
 
4) Jangan Mudah Dipergunakan
Sempat juga Kak Nani berkongsi serba sedikit tentang blog dia dan Hanis Zalikha. Hanis ada berpesan padanya i.e. jangan mudah dipergunakan i.e. mempromosikan produk/iklan di blog yang hanya menguntungkan advertiser saja. Perlu ada win-win situation. Kalau just nak free promotion but nothing given in return, unfair jugalah kepada blogger especially kalau blog yang memang establish dan banyak pengaruh cam blog Hanis Zalikha. Fuhh, kagum.
 
5) Rajin dan Jangan Mudah Putus Asa
Kak Nani sendiri i.e. dalam berblog, she put an effort dalam menghasilkan entri yang terbaik, gambar yang berkualiti dan bukannya sekadar menumpang populariti Hanis Zalikha untuk diterima Advertiser. Semasa di Legoland Malaysia memang nampak kesungguhan Kak Nani mengambil gambar di tengah panas dan dia tak treat dirinya sebagai “Blogger Famous or Mama Blogger Hebat”. Maintain biasa dan layan semua orang macam biasa. Yup, sikap rendah diri ini penting.
 
Ituje la dulu kot..Once again thanks Kak Nani Rostam atas perkongsian tips dan ilmu . Banyak yang boleh saya ambil dari pengalaman Kak Nani untuk terus maju ke hadapan. Dalam menuntut ilmu, tiada batasannya kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Belajar dari Pengalaman Nani Rostam @ Ibu Hanis Zalikha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.