#SaveJejai – Flashback


Komen di atas antara komen terawal dari Bro Je Jai di entri Pinjaman Peribadi tahun 2009. Time ni saya belum lagi meet him in person. Dari bibik mesej yang diberikan, yup, memang dia ada masalah dengan pinjaman peribadi yang dibuatnya…

Moving forward, mengenalinya, yup, dia bukannya seorang yang berada. Pernah naik keretanya sekali, memang tersentuh hati. Proton Saga yang digunakannya sekeluarga sudah lebih 10 tahun rasanya. Beberapa kali juga saya utarakan cadangan untuk bincangkan tentang masalah kewangan dan berjumpa dengan Bank Rakyat…Namun, knowing him, dia lebih suka menyimpan masalah sendirian daripada menyusahkan rakan-rakan untuk membantu.

Je Jai – Antara Rakan, Rahsia dan Racun lebih memberatkan keadaan. Kanser Paru-paru stage 4, Isteri yang tumpang kawan/naik bas ke tempat kerja dari Klang ke KL, anak-anak yang  masih kecil, kos rawatan yang sudah sampai maksimum, blog yang sudah lama tidak berupdate meruntun hati seorang rakan….

Apa guna jadi seorang rakan jika pantas saja join contest dan merebut peluang hadiah untuk Contest,churp2,etc, namun tidak sanggup untuk membantu rakan bloggers yang dalam kesusahan…Pertolongan boleh datang dalam pelbagai cara…

Jika ada sumur di ladang, sama-samalah kita membantu :
Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )  

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “#SaveJejai – Flashback

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.