Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie

Petang semalam saya terima mesej dari Alia Haryanie @ Ibu Tunggal yang menghidap penyakit saraf yang diceraikan oleh suami yang tidak berperikemanusian . Inilah ringkasan mesejnya :



“Encik Eyriqazz, boleh bantu saya? Akaun maybank saya tak boleh digunakan semula. Sekarang dah tukar account. No akaun lain sekarang. Yang dulu dah tak digunakan…


Serius, saya agak terkilan dengan tindakan Maybank. Baruje Ahad lepas, bersusah payah Alia Haryanie ke branch utk unblockkan accountnya, tak sampai seminggu di blok kan kembali. Saya terus tweetkan ke @MyMaybank :

Serius, saya terkilan dengan Maybank
Maybank, please read this entri : Di Sebalik Derita dari Alia Haryanie

Latest update dari pihak Maybank :

” we’re sympathetic to the situation, there are complexities here. BAFIA doesn’t allow us to discuss in public. what we can say is that our branch team has met with the mother, and we’re doing what we can do help.”
Sebagai manusia biasa yang pernah kehilangan seorang ayah beberapa tahun lepas, mengajar saya betapa beratnya dugaan yang dialami oleh Alia Haryanie :


Bertarung nyawa disamping membesarkan sendiri anak-anak..

Saya balas mesejnya dan minta no. akaun  yang baru semoga dapat saya updatekan di blog. Saya tahu ramai yang prihatin dan masih mempunyai ehsan sesama manusia :


Yup, Ramai yang Prihatin..
Gambar dikongsikan di Facebook dikongsikan kembali Insan Prihatin

Jawapan balas dari Alia Haryanie :

“Terimakasih banyak-banyak. No. Akaun baru, 553104558862. Ada dua nama akaun ni. Nama saya Haryani Mat Hussin dan nama mak saya Asiah Bt Haron. Pegawai bank suruh letak dua nama, kalau ada apa saya tak perlu datang ke bank.

Mak saya juga uzur tapi saya bertambah uzur. Makin terlantar. Apa apa saya minta tolong mak yang uruskan walaupun mak sendiri bergantung dengan ubat dan kudrat kami  (Alia dan anak-anak). Mak saya mengalami penyakit anxiety disorder. Tidak boleh sebarang tekanan dari masalah. Dah hampir 3 tahun lebih, bergantung kepada ubat tidur. Ada masanya waktu siang pun perlu ambil ubat tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, mak nampak lebih bangkit bila encik eyriqazz dan sahabat2 yang lain membantu. Selepas arwah ayah meninggal, satu persatu ujian yang datang. Tapi saya bersyukur sgt diatas segala bantuan dan jika terjadi apa-apa pun pada saya, ada jaminan untuk anak-anak saya meneruskan kehidupan tanpa saya. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Menitik air mata saya bila membaca mesej dari Alia Haryanie. Teringat kat arwah ayah. Ketika susah, time sebegini kita tahu siapa rakan kita yang sebenar.

Tiada apa yang saya pinta, sama-samalah kita bantu. Hari ini hari dia, besok lusa,siapa yang menjangka. Sama-samalah kita membantu :

Maybank Acc No :553104558862)

(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Tidak dapat bantuan kewangan, sama-samalah membantu dengan sebarkan dan kongsikan entri ini. Semoga lebih ramai yang tampil. InsyaAllah, akan hadir lebih sinar buat Alia sempena Hari Raya yang semakin hampir menjelma.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

51 thoughts on “Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie

Leave a Reply to :: Mrs.Eady :: Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.