Kedai RM2 Mengubah Suasana

Arus kemodenan tidak dapat dielakkan walaupun di kampung halaman. Di depan rumah nenek di kampung, yang dulunya ada padang kecil yang selalu kami jadikan tempat bermain. Ada pokok gajus yang kami ambil bijinya dan bakar cara kampung. Time musim tengkujuh, bermain air dekat sini. Namun, kini tidak lagi :


Kedai RM2 di sebelah rumah nenek
Setiap sesuatu tentu ada Pro and Consnya. Kelebihannya bersebelahan dengan rumah nenek dan pelbagai barangan dengan harga berpatutan yang mostly berharga RM2 dan ke atas.Air iceblended nya yang pelbagai rasa pun sedap juga.
Yang tak bestnya, depan rumah nenek banyak dijadikan tempat parking oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab . Kereta pakcik nak masuk rumah pun selalu diblock. Pernah sekali dimarahi, siap penggunanya tunjuk satu jari hantu lagi. Perempuan pula tu…Buah mangga yang dalam rumah nenek pun selalu dicuri orang. Rumah kampung, memang tidak dipasang pagar.
Umm, arus kemodenan. Ada pro & Consnya. Namun saya lebih suka kepada keadaan asal. Lebih nampak ke arah kampung. Udarapun lebih segar…. Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Kedai RM2 Mengubah Suasana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.