Je Jai – Antara Rakan, Rahsia, dan Racun

Sticky post.

 
# Rakan 


Je Jai, bermulanya sebuah persahabatan di Event Nuffnang yang pertama saya hadiri 3 tahun yang lepas di Event Mr Potato Fiesta.Berterusan di Samsung Corby, Digi Pimp My Broadband n etc. Dialah blogger pertama yang saya jumpa in real life dan itula juga katanya. Berdetik dari situ, persahabatan mula terjalin. Usik mengusik di entry, event, menjadi permainan kami. Rasa macam janggal sekiranya any event blogging yang saya hadiri especially yang dianjurkan oleh Nuffnang, Je Jai tidak hadir sekali. Siap wifey cakap, Abang ni ngan Je Jai, elokla tu.Satu kepala….Yup, dia antara rakan bloggers terbaik yang pernah saya kenali yang banyak membantu, online dan offline. Masih teringat, sesi mengeteh yang sering kami adakan di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang bersama Mat Joe. Gurau senda ,sakat menyakat perkara biasa bagi kami.


Pandai Anak Je Jai lukiskan Gambar Eyriqazz. Terimakasih Najuma

#Rahsia

Bro, doktor sahkan aku mengidap “Lung Cancer Stage 4”. Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya…
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati….Masih saya bergurau-gurau dengannya…

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas…Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit….
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku…Anggapla duit ini duit buat anak-anak…Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini…

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don’t do this again bro..Kalau eden susah, eden minta… Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran….


Namun, event berbuka Puasa di Cititel bulan lepas membuatkan hatiku tidak keruan. Je Jai kasitau dia mula muntah darah. Katanya macam sudah tidak larat untuk meneruskan kimo.Sudah jatuh ditimpa tangga, kos rawatannya sampai ke tahap maximum dan syarikatnya tidak lagi menanggungnya…

Semakin berbelah bagi…Saya mula Create Group Facebook Sulit bagi memohon bantuan kewangan buat Je Jai dan berkali-kali dikatanya ,plz don’t go public about this…. Sumber dari Kak Red, Abang Ensem,Sumijelly dan myself menghubungi Je Jai dan isterinya saya updatekan di group tersebut. Pelbagai respons dan cadangan diterima. Salah satu yang membuatkan eyriqazz terpanggil untuk kongsikan :

” maybe aku insensitive sangat dalam hal ni.. tapi if let say by esok aku tak nampak entry @ FB post untuk mintak public help on behalf of him.. I’ll do it myself. respek dia punya decision utk senyap2 buat tatau etc is one thing, but we are talking about life n death decision. even if all those donation still cant help him recover, at least anak2 n isteri dia xterbeban sangat bila dia dah tak ada. Even kalau lepas ni dia benci kat kita (or in this case aku) pun benci la.. at least aku tak nak jadi seorang kawan yang duduk diam dan biarkan kawan aku dari memusnahkan diri sendiri (& possibly masa depan orang2 yg dia sayang) semata2 nak memuaskan dia punya selfish request.

as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je… anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I’m pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have? 

Honestly, I’m totally agreed with him. Racun yang semakin menerkam jiwa . Rakan bloggers pun sudah dapat greenlight dari Nuffnang untuk turut membantu sebarkan hal ini namun perlukan greenlight dari Je Jai. Namun, apakan daya, hatinya masih belum mahu menerima bantuan….


Namun, atas pendapat majoriti di group tersebut dan sayapun rasa, sudah tiba masanya untuk dipublickan bagi lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan dan juga keadaan Je Jai yang semakin …….. Kalau Eyriqazz boleh tolong Alia Haryanie, kenapa tak tolong rakan karib sendiri? Apa ni Eyriqazz?  Maaf, saya tiada jawapan untuk itu…Untuk itu, saya mohon kemaafan kerana menyimpan rahsia begitu lama dan tidak bertindak lebih cepat…
 Check out this entry too–> #SaveJejai

Je Jai, maafkan aku…Kali ini, rasanya sudah perlu ianya go public…. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Dia antara rakan terbaik yang pernah saya kenali. Dia antara rakan yang banyak membantu perjalanan blog ini. Dia juga yang banyak memberikan nasihat dan inspirasi. Dan dia juga lah yang menjadi “Rakan, Rahsia, dan Racun yang jika terus disimpan akan terus memudaratkan diri dan keluarganya maybe…

Sama-samalah kita membantu…. Saya sudah hubungi Isterinya untuk buat precaution measure in case akaun kena block etc… Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Terimakasih buat sesiapa yang sudi membantu. Yup, kusangkakan rakan menangis sudah tiada di masa kini namun rupa-rupanya masih ramai Insan berhati Mulia di luar sana. Sama-samalah kita hulurkan bantuan lebih-lebih lagi Hari Raya tinggal beberapa hari je lagi….


P.s :Yup, sampai sekarang saya masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak meminta bantuan rakan-rakan lain terlebih awal…I Can’t Change the Past but Hopefully I can help and do my part for the future of Je Jai family….
Topics Uncategorizedtags

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

96 thoughts on “Je Jai – Antara Rakan, Rahsia, dan Racun

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.