≡ Menu


Sticky post.

 
# Rakan 


Je Jai, bermulanya sebuah persahabatan di Event Nuffnang yang pertama saya hadiri 3 tahun yang lepas di Event Mr Potato Fiesta.Berterusan di Samsung Corby, Digi Pimp My Broadband n etc. Dialah blogger pertama yang saya jumpa in real life dan itula juga katanya. Berdetik dari situ, persahabatan mula terjalin. Usik mengusik di entry, event, menjadi permainan kami. Rasa macam janggal sekiranya any event blogging yang saya hadiri especially yang dianjurkan oleh Nuffnang, Je Jai tidak hadir sekali. Siap wifey cakap, Abang ni ngan Je Jai, elokla tu.Satu kepala….Yup, dia antara rakan bloggers terbaik yang pernah saya kenali yang banyak membantu, online dan offline. Masih teringat, sesi mengeteh yang sering kami adakan di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang bersama Mat Joe. Gurau senda ,sakat menyakat perkara biasa bagi kami.


Pandai Anak Je Jai lukiskan Gambar Eyriqazz. Terimakasih Najuma

#Rahsia

Bro, doktor sahkan aku mengidap “Lung Cancer Stage 4″. Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya…
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati….Masih saya bergurau-gurau dengannya…

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas…Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit….
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku…Anggapla duit ini duit buat anak-anak…Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini…

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don’t do this again bro..Kalau eden susah, eden minta… Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran….


Namun, event berbuka Puasa di Cititel bulan lepas membuatkan hatiku tidak keruan. Je Jai kasitau dia mula muntah darah. Katanya macam sudah tidak larat untuk meneruskan kimo.Sudah jatuh ditimpa tangga, kos rawatannya sampai ke tahap maximum dan syarikatnya tidak lagi menanggungnya…

Semakin berbelah bagi…Saya mula Create Group Facebook Sulit bagi memohon bantuan kewangan buat Je Jai dan berkali-kali dikatanya ,plz don’t go public about this…. Sumber dari Kak Red, Abang Ensem,Sumijelly dan myself menghubungi Je Jai dan isterinya saya updatekan di group tersebut. Pelbagai respons dan cadangan diterima. Salah satu yang membuatkan eyriqazz terpanggil untuk kongsikan :

” maybe aku insensitive sangat dalam hal ni.. tapi if let say by esok aku tak nampak entry @ FB post untuk mintak public help on behalf of him.. I’ll do it myself. respek dia punya decision utk senyap2 buat tatau etc is one thing, but we are talking about life n death decision. even if all those donation still cant help him recover, at least anak2 n isteri dia xterbeban sangat bila dia dah tak ada. Even kalau lepas ni dia benci kat kita (or in this case aku) pun benci la.. at least aku tak nak jadi seorang kawan yang duduk diam dan biarkan kawan aku dari memusnahkan diri sendiri (& possibly masa depan orang2 yg dia sayang) semata2 nak memuaskan dia punya selfish request.

as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je… anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I’m pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have? 

Honestly, I’m totally agreed with him. Racun yang semakin menerkam jiwa . Rakan bloggers pun sudah dapat greenlight dari Nuffnang untuk turut membantu sebarkan hal ini namun perlukan greenlight dari Je Jai. Namun, apakan daya, hatinya masih belum mahu menerima bantuan….


Namun, atas pendapat majoriti di group tersebut dan sayapun rasa, sudah tiba masanya untuk dipublickan bagi lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan dan juga keadaan Je Jai yang semakin …….. Kalau Eyriqazz boleh tolong Alia Haryanie, kenapa tak tolong rakan karib sendiri? Apa ni Eyriqazz?  Maaf, saya tiada jawapan untuk itu…Untuk itu, saya mohon kemaafan kerana menyimpan rahsia begitu lama dan tidak bertindak lebih cepat…
 Check out this entry too–> #SaveJejai

Je Jai, maafkan aku…Kali ini, rasanya sudah perlu ianya go public…. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Dia antara rakan terbaik yang pernah saya kenali. Dia antara rakan yang banyak membantu perjalanan blog ini. Dia juga yang banyak memberikan nasihat dan inspirasi. Dan dia juga lah yang menjadi “Rakan, Rahsia, dan Racun yang jika terus disimpan akan terus memudaratkan diri dan keluarganya maybe…

Sama-samalah kita membantu…. Saya sudah hubungi Isterinya untuk buat precaution measure in case akaun kena block etc… Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Terimakasih buat sesiapa yang sudi membantu. Yup, kusangkakan rakan menangis sudah tiada di masa kini namun rupa-rupanya masih ramai Insan berhati Mulia di luar sana. Sama-samalah kita hulurkan bantuan lebih-lebih lagi Hari Raya tinggal beberapa hari je lagi….


P.s :Yup, sampai sekarang saya masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak meminta bantuan rakan-rakan lain terlebih awal…I Can’t Change the Past but Hopefully I can help and do my part for the future of Je Jai family….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • ieda 17 August 2012, 4:39 am

    semoga Allah meringankan beban yg dihadapi oleh saudara Jejai & keluarganya…
    sama2lah kita membantu walau sekadar secebis doa.

    Reply
  • Em's Family 17 August 2012, 5:18 am

    Secara peribadi saya tak pernah mengenali jejai.. taupun dia dari blog eyqriqazz sebab banyak gambar u all bersama. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. and saya rasa, eqyriqazz, kak red dan rakan lain telah ambil satu langkah yang baik danbetul walaupun saya sendiri dapat rasa betapa geramnya jejai ceritanya disebarkan ke public..

    insyaAllah kite same2 boleh bantu beliau..

    *sebak tengok karangan anak dia.

    Reply
  • Peri PiA 17 August 2012, 6:08 am

    ya Allah,memang tak sangka :((((((((
    semoga Allah sembuhkan penyakit nya

    Reply
  • cikgu ganu 17 August 2012, 6:56 am Reply
  • Dilakochan 17 August 2012, 7:07 am

    Wpun xpernah jmpe abg jejai.
    Tp dpt rasa dia teman yg baik.

    Doa tuk abg jejai moga kuat!
    Dan usaha sahabat2 meringankan beban family abg jejai dipermudahkan!
    aminn..

    Reply
  • Tony Teh 17 August 2012, 7:16 am

    Never met him but this is just really saddening. I hope his family will be strong and that they could spend as much time with him as possible.

    Reply
  • Anonymous 17 August 2012, 8:16 am

    kudos…
    moral support best medicine
    former 4 stager

    Reply
  • hatiputera 17 August 2012, 8:20 am

    sebak bila aku melihat surat anak bro jejai itu. Semoga bro jejai tabah menghadapi semua ini.

    Reply
  • ummiarissa 17 August 2012, 9:57 am

    Baru tahu…sangat terkejut saya….saya pernah jumpa jejai Di kenduri kawin adik saya…memang dia sangat ceria Dan peramah,malah dia yang menegur saya dulu…akan bantu setakat yang mampu….

    Reply
  • Charmaine Pua Li Ping 17 August 2012, 10:13 am

    Sedih walaupun tak pernah jumpa…. =(
    Moga moga dia cepat sembuh.

    Reply
  • MichLeong 17 August 2012, 12:41 pm

    Saya pernah jumpa dia dekat event Nuffnang walaupun tak pernah bertegur-sapa. Moga-moga dia dapat merintangi cabaran Tuhan. *finger crossed*

    Reply
  • sensasi2020.blogspot.com 17 August 2012, 5:17 pm

    Tak disangka tak diduga,
    Buah cempedak dah menjadi nangka,
    Sahabat kita jejai menghidap kanser tahap bahaya,
    Moga terus tabah menghadapinya.

    Reply
  • onie 18 August 2012, 3:16 am

    :( ujian Allah swt, semoga semuanya selamat …

    Reply
  • nadot 18 August 2012, 3:42 pm

    smoge dgn usehe eyriqazz, abang ensem & rakan-rakan blogger lain dapat membantu dlm proses penyembuhan abg jejai n abg jejai dpt sihat spt sediakale balik… Amiiinn…

    Selamat hari raye eyriqazz..maaf zahir batin ye.. :)

    Reply
  • Halif Mohamad 19 August 2012, 8:21 am

    Jgn mengalah dan putus asa. setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua. jika kita percaya firman allah tu, maka tiada sebab untuk terus berduka dan bersedih selamanya. teruskan amalan seperti biasa, bykkan berdoa dan dekatkan diri dengan Pencipta kita. Do not succumb to this test, find a solution is better than bemoan this fate. All the best to your best friend bro.

    Reply
  • Bella Enveeus 19 August 2012, 11:18 am

    Semoga kita dapat membantu dan semoga semuanya akan menjadi lebih baik..

    Reply
  • Rosmansham Alias 20 August 2012, 3:10 am

    Kita doakan yang terbaik buat beliau..

    Reply
  • mawarTHEcet's 24 August 2012, 1:54 am

    salam. just wanna share, uncle jai is my mom’s bestfriend. diorang dah keje sama2 lama. sy kenal uncle jai dari sy kecik smpai skang. sy igt lg, first my mom dpt tau pasal cancer uncle jai. sy teros igt anak2 dia yg still kecik. sy tgk and kenal anak2 uncle jai dr dorg baby lagi. honestly, sy and family tau head to toe psl condition uncle jai. tp as you post it, dia mmg tanak go for public. only Allah knows why. last my mom jumpa uncle jai last week before raya. my mom ckp, dia tak blh nk tgk pon condition uncle jai that time. officemates pon dtg skali visit uncle jai. apa yg sy blh ckp, kte sama2 doakan utk uncle jai. kalau bkn dgn wang ringgit, dgn doa utk bekalan dia. anak2 dia masih kecik. seriously. kalau sy kat tmpat dia, dgn anak2 yg kecik, i just really don’t know what to do.

    Reply
  • anna 24 August 2012, 2:31 am

    Assalam, simpati dgn nasib saudara je jai. kuatkan semangat dan terus berusaha untuk sembuh. InsyaAllah moga Allah memberkati segala usaha dan doa semua. Mak saya meninggal pada 3 ramadhan yang lalu mengidap penyakit yg sama dgn saudara je jai walaupun beliau bukan perokok dan tak de yang merokok di rumah saya. detected raya haji yg tahun lepas. tp mak saya tak kimo mungkin faktor usia. doktor advised ambil ubat irresa gefitinib 250mg. ada lagi baki 14 biji ubat dia. saya tak tau nak derma kat sapa. ubat ni memang mahal. kalau ada sesapa yg nak bole infom sya.

    harapan saya saudara je jai terus kuat semangat demi anak2 yg masih kecil. berusahalah dan jgn mengalah. arwah mak saya mungkin tak sekuat saudara je jai sebab walaupun saya cuba lain2 usaha,tp arwah tak mampu nak ikut. doa saya semoga saudara je jai boleh sembuh dan meneruskan kehidupan bersama orang tersayang.

    Reply
  • Sharidawati Shahrudin 24 August 2012, 7:29 am

    #savejejai

    Reply
  • potgas97 24 August 2012, 7:51 am

    semoga bro jejai tabah…

    Reply
  • MamaYatie 27 August 2012, 2:26 am

    terkejut! weh..tak leh baca abis n3 ni,selama ni dok ‘kenal’ Jejai pun dr sini..semoga beliau tabah menghadapi dugaanNya..Insyaallah..mari kita sama2 bantu apa yg terdaya..and..doa juga utk dia..

    Reply
  • Nur-nba 27 August 2012, 1:10 pm

    Semoga kita semua dapat membantu meringankan beban Saudara Jejai.. Tumpang simpati dengan apa yang menimpa beliau. Semoga beliau tabah dengan ujian dariNya.

    Reply
  • Eca Dwinky Asha 27 August 2012, 5:05 pm

    insyaallah,Allah akan panjangkan umur bro Je jai…
    sayu je baca entry ini,,yups,rakan yg bersma susah dan senang sukar kita dptkan…

    Reply
  • norinaomar 1 September 2012, 2:37 am

    Semoga bro Jejai kuat menghadapi semua ini..kenapalah saya tak perasan entri ni..agaknya saya tak baca sebab fikir bro eyriqazz buat entry untuk sakat dia

    Reply
  • intank 1 November 2012, 1:57 am

    semoga abg jejai tabah dan cekal menghadapi semua ini…semoga ada keajaiban dari Allah…sedih baca…

    Reply
  • Anonymous 8 November 2012, 12:48 am

    errm..sedih baca entry… nome penah dengar rawatan kimo mahal dan menyakitkan… ade sape2 tahu berapa kos rawatan kimo etc? kata eriqaz insurancenya dah sampai limit kan? agaknya..berapa ya kos kimo tu… sekurang2nya.. boleh bagi awareness pada semua tentang kepentingan insurance.. dan limit yg mencukupi bagi kita mendapatkan rawatan.. hari ini hari jejai.. esok lusa kita x tahu lagi… :( tetibe cam rasa limit insurance yg nome ade sgtlah x reasonable… aduhaii…

    Reply
  • sohoque 8 November 2012, 5:36 am

    fuuuhh.. tarik nafas panjang aku baca entri ni. first aku nangis baca entri eyriqazz. nangis kat kedai mamak lak tu.. insyaAllah.. nak bantu byk tak mampu. namun sekadar terdaya insyaAllah..

    Reply
  • sohoque 8 November 2012, 5:42 am

    paling touching bila baca surat anak beliau… terus tumpah air mata jantan aku di kedai mamak ni

    Reply
  • Blog Sensasi 7 January 2013, 2:22 am

    Allahuakbar baru hari ni dpt tahu…..apa situasi beliau sekarang?moga sentiasa dilindungi Allah dan diberi hidayah dalam pemghidupannya melawan ujianNya
    Blog Sensasi recently posted…AMARAN: Ribut Tropika Sonamu akan melanda MALAYSIA terutama PANTAI TIMURMy Profile

    Reply
  • Juan 1 February 2013, 4:11 pm

    tersentuh jiwa ini akan hal ini
    Juan recently posted…Domain Renewal Serverfreak dan Iklan InnityMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »