Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Sebagai tanda sokongan buat rakan blogger @ Shakiddo yang banyak menyokong perjalanan blog ini, eyriqazz joini diri untuk mencuba nasib untuk Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com . Salah seorang Papa blogger @ Duta Unifi yang semakin mencipta nama di dunia blogging Malaysia.

Inilah serba sedikit cerita saya tentang Puasa Ramadhan 2012 tahun ini :
1) Sampul Duit Raya

Inilah antara koleksi Sampul Duit raya tahun ini daripada Prudential, Jusco, JAKEL dan yang Gold tu yang paling mahal. Siap kena beli lagi untuk dapatkannya walaupun dari syarikat tempat kerja sendiri. Yieza, you will appreaciate it more when you have to pay for it. Wifey siap marah, kenapa sikit sangat Papa beli???

2) Kisah Ikan Siakap

Duta Siakap pun marah apabila Ketuk-Ketuk Ramadhan  di bulan puasa ini. RM40 untuk seekor Ikan Siakap? WTFish betul kan?


3) Bazar Ramadhan

Salah satu keunikan Malaysia . Banyak makanan yang sukar diperolehi di bulan lain, boleh didapati di Bulan Ramadhan.


4) Mengambil Kesempatan?

Pengemis di atas telah dijumpai di 3 lokasi Bazar Ramadhan yang berbeza. Teringat pula cerita “Slumdog Millionaire”. Adakah ianya sama angkara sindiket mengambil kesempatan di atas kesempitan? Rasanya turut keluar di TV3 berkenaan Pengemis Menipu Menyamar Islam di bulan ramadhan. Rakyat malaysia memang pemurah namun biarla bertempat i.e. Bantulah Alia Haryanie, Ibu Tunggal yang amat memerlukan bantuan kita.


Terimakasih sekali lagi buat Denaihati Network yang sudi menjemput kami. Salah satu buka puasa paling meriah tahun ini. 


6) Tunaikan Hasrat yang tersayang

Ibu yang masih menyusukan bayi, seelok-eloknya tunaikan hasrat hatinya. Lebih besar cabaran dalam berpuasa ini . 

7) Zakat Jangan Dilupa

Tunaikan kewajipan berzakat. InsyaAllah, dapat menyucikan rezeki yang diperolehi dan membantu saudara-mara seagama yang lebih memerlukan….

Inilah antara perkongsian dan Cerita Puasa Ramadhan saya di tahun 2012 ini. Terimakasih diucapkan buat  shakiddo.com dan hazmanfadzil.com yang menganjurkan Contest ini. Jom sama-sama meriahkan sekali…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.