Taman Rama-Rama, Pulau Pinang

Semasa bercuti di Pulau Pinang bulan lepas, hari pertama sempatlah jalan-jalan di Taman Rama-Rama, Pulau Pinang. Ramai yang suggestkan tempat ini, so terjah la. Lokasinya di Teluk Bahang yang tidak jauh dari Batu Ferringhi.
 

Taman Rama-Rama, Pulau Pinang
Dibuka setiap hari dari 9pagi sehingga 6 petang
 
First impression, semasa sampai, agak terkejut. Yerlah, banyak parking kosong walaupun kami sampai time weekend. Umm, wondering, why tak ramai orang?
 

Harga tiket, Dewasa RM18
Kanak-kanak, RM10
 
Rasanya harganya agak mahal just nak tengok rama-rama.  Harga Tiket di Zoo Negara yang ada pelbagai binatang pun baru RM20 untuk dewasa. Beratus-ratus binatang di dalam tu..

 


Alang-alang dah sampai, bayarje la kan

Rama-rama dan Beluncas

Cantik juga rama-rama

Rama-rama lagi.
Papa, kupu-kupu
Eyriqazz : Bukan Sayang, Rama-rama
Apa beza kupu-kupu ngan rama-rama ya?

Cantik rama-rama

Ada Kolam kecil. Saya lebih teruja tengok Ikan Kelisa itu berenang-renang
Rama-rama memang suka buah nenas ekk?

Konon-konon berada di ……..?

Koleksi rama-rama
Lagi rama-rama

 

The Emergence of A New Life 
 
Papa, ni je ke? Itulah kata Isteriku. Adalah benda lain lagi selain rama-rama di sini. Honestly, pandangan peribadi eyriqazz, tempat ini sesuai dikunjungi bagi sesiapa yang sukakan rama-rama. Namun masa sampai tu pun, takdelah banyak sangat rama-rama yang ada disini. In term of harga, rasanya tak berbaloi.Agak mahalMyself, rasanya ini kali pertama dan kali terakhir singgahi Taman Rama-Rama ini kot unless bila Alisya or Azim besar nanti, diorang excited gilerr nak singgahi sini lagi… 
 
Taman Rama-Rama Pulau Pinang kami singgahi
Tiket mahal, biasa-biasaje pengalaman bagi kami
Lain padang, lain belalang hanyalah pandangan peribadi
Berkongsi pengalaman ketika singgahi sini
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Pinang,  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Taman Rama-Rama, Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.