Pecahkan Ruyung, Dapatkan Sagunya

Gembira apabila melihat semakin ramai Rakan blogger yang berjaya mendapat Income 4 angka dengan berblogging. RM1,321.57 Cash Out Dari Nuffnang, bolehla paww Shakiddo belanja Nasi Arab di Cyberjaya nanti.. Hik3…

Eyriqazz? Alhamdulillah, cukup makan dan bolehla bawa keluarga bercuti dalam negara dengan Income berblogging. Pengalaman Eyriqazz, pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Tidak kira apa platform yang anda gunakan sebagai medium pengiklanan. Ibaratkan blog anda itu seperti sepohon pokok kelapa, banyak sebenarnya yang boleh dibuat dengan pokok kelapa itu.


Syukur, Rezeki berblogging Eyriqazz bersama Nuffnang tetap konsisten. Naik turun tu normalla…

Dengar cerita, Seorang Kakak Garang ni dapat job yang agak lumayan juga.Lebih separuh dari gaji fulltime Eyriqazz. ย Feeling blue,blue gitu..Rezeki kan?

Tips Blogging? Eyriqazz pernah kongsikan. Tepuk dada, tanya selera….Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Usaha tangga kejayaan dalam apa jua bidang yang diminati…

P.s: Pecahkan Ruyung, dapatkan Sagunya..Action speak louder than word. Tidak guna menjadi bagaikan Anjing menyalak bukit, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Pecahkan Ruyung, Dapatkan Sagunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.