Kenapa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari Makan

Beberapa hari lepas ada terbaca entri dari Food Blogger yang bertajuk 5 Bloggers untuk Calon Host Jalan Jalan Cari Makan . Umm, rasanya Eyriqazz tak layak untuk jadi calon host jalan jalan cari makan tersebut.

Jalan Jalan Cari Makan (Credit Picture to Nazrien)

Just for fun, ini sebab kenapa Eyriqazz tidak Sesuai jadi Host Jalan Jalan Cari Makan .

1) Tiada rupa , Siapa Eyriqazz?

Setuju dengan pendapat Cik Lily , rupa paras dan woww faktor amatlah penting dalam mengacarakan sesuatu rancangan. Pluss, Who the Hell is Eyriqazz?. Lainla kalau blogger tu Hanis Zalikha ke, Maria Elena, MatLutfi or Zackzukhairi, tentu meleleh ramai di depan kaca tv nak menonton. 

2) Kalau Sedap Kata Sedap, Kalau tidak katakan tidak

Yup, ada a few restoran yang difeaturedkan di Jalan Jalan Cari Makan TV3 hanyalah Indah khabar dari rupa. Contohnya Local Delights Recipe,Terengganu . Punyalah excited nak terjah di negeri halaman, rupa-rupanya tidakla sesedap seperti dikata. Hahaha, of course la rancangan tu kena cerita yang sedap-sedap je. Kan nanti eyriqazz asyik kondem restoran yang tidak menepati citarasa, tentu Produser dan Pemilik Restoran Marah kan? No, no, no..mana pernah rancangan JJCM kasi feedback negatif pasal restoran yang mereka singgah ,semuanya mesti ada lebih kurang camni :

” Umm sedap, rasanya yang amat menyelerakan, cukup rasa, …. sila sambung sendiri..


3) Eyriqazz Pemalu Orangnya

Hik3, nak jadi pengacara mana boleh malu-malu kan? Kalau perasan, banyak entri food review eyriqazz, jarang ada muka eyriqazz .Asyik Isteri dan Anak-anak yang jadi model. Hihihihi, dalam blog je banyak luahkan kata-kata. Normal la kan, dikurangkan satu tempat, dilebihkan di satu tempat lagi… Hahahaha….

Cukupla 3, korang sila sambung lagi ya….Kenapa korang rasa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari Makan? 2 komen terbaik akan eyriqazz kasi hadiah RM10 cash/top up each…


UPDATED – Pemenang adalah Cikgu Naman dan Sarah. E-mailkan pilihan hadiah ke iman1237@hotmail.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Kenapa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.