Hadiah Birthday dari Kedai Kak Siti


Pucuk dicita, ulam mendatang. Inilah rezeki berblogging namanya. Dipendekkan cerita, Tudung yang Isteri berkenan bila survey di Facebook Kedai Kak Siti , semuanya dah sold out. So, hari ini agak free, terusla terjah Kedai Kak Siti yang terletak di Danau Kota, tak jauh dari rumah Eyriqazz. Berjiran rupanya kita….

Sampai-sampaije :

Adushh, dah start dah Isteri memilih
Papa, Nak Yang ni..Yang ni, yang ni..

Bila kaum wanita berjumpa dan membeli..
Akak, nak yang ni, yang ni yang ni

Mesra orangnya kak Siti.Walaupun mula-mula tu muka nampak garang, tapi dah panas skit lebih kurang beberapa minit, memang baik dan peramah orangnya. 


Pilihla yang mana nak

Yiezaa, 3 Helai Hadiah buat Isteri .. Mungkin itu kata kak Siti

Isteri rambang mata, dah dapat 3 helai hadiah Birthday dari Kedai Kak Siti  , angkat lagi 3 helai…
Papanya buat-buat takde duit, sempat hulurkan RM50 je (hik3, memang tengah kering , tunggu gaji masukk..)

Keunikan Tudung dari Kedai Kak Siti, ianya dijahit sendiri dan kainnya agak lembut, itu kata isteri. For me, isteri suka, sayapun sukala. No wonder bila diletak di Facebook Kedai Kak Siti , kejap je sold out. Murah rezeki Kak Siti. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Siti yang turut mengamalkan Hidup Untuk Memberi 


 Hadiah Birthday buat Isteri dari Kedai Kak Siti
Isteri gembira senyum hati
Terimakasih buat Kak Siti
Semoga Allah terus murahkan rezeki

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Hadiah Birthday dari Kedai Kak Siti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.