Durian Musang King Yang Menggiurkan

Gara-gara entri  Memang Sedap Durian Musang King , balik kerja terus Eyriqazz terjah stall  Durian tepi jalan dekat ngan rumah. My lucky day, durian jenis ini ada dijual. Fuhh, hargapun boleh tahan. RM17 sekilo. Gara-gara nak merasa juga, belila juga :

 

2 biji kecil, RM19. Lebih kurang sekilo lebih
 
Honestly, ini pertama kali kot saya beli Durian Musang King. Before this,tengok harga pun cam dah terbeliak sikit mata untuk membelinya. Tapi, rezeki agak murah bulan ini, belikan la dua biji ini untuk dimakan bersama Isteri dan adik ipar.

Fuhh, tengok warna dan teksturnya saja pun sudah cukup menggiurkan 

Honestly, the best Durian I ever taste
 
Bijinya kecil, Isinya tebal. Manis-manis, lembut-lembut, serius buat air liur meleleh.. Hik3, rating saya 9/10 kot…
 

Jemput makan, jangan malu-malu
 
No wonder harganya sangat mahal, memang sedap. Bila makan Durian Musang King ni, rasa cam dah taknak makan durian lain dah bila mengenangkan kesedapannya. Nyum, nyumm, nanti-nanti bolehla beli lagi ni….
 
P.s : Pernah try Durian Musang King? Apa pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Durian Musang King Yang Menggiurkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.