Diapers Bagus, Anak Selesa

Pentingke pemilihan diapers yang bagus untuk bayi/anak-anak? Bagi eyriqazz, sudah semestinya penting. Diapers yang bagus akan memberikan lebih keselesaan buat anak-anak dan menyenangkan tugas ibu/bapa.
 
Si Manja Tidur Lebih Lena dengan diapers yang bagus 
Nak bercuti pun senang, tidakla Si Manja merengek-rengek minta ditukarkan diapersnya akibat kurang selesa
 
Masih teringat lagi ketika Alisya baru dilahirkan. Masatu kami beli diapers yang tidak berjenama/murah yang dibeli di Chow Kit. Yerlah, faktor harga dan memikirkan semua diapers ni lebih kurang sama je. Branding etc yang membezakan. Faktor harga memainkan peranan juga ketika itu. Rupa-rupanya kami membuat percaturan yang silap.
 
Diapers yang dibeli kurang sesuai dengan Alisya. Tidak begitu tebal, mudah bocor dan punggung Alisya naik ruam-ruam dan buatkan Alisya asyik menangis bila diapersnya penuh. Yup, diapers yang bagus amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena jangkitan apabila buang air kecil/besar.
 
Hampir tiga tahun berlalu, Alhamdulillah, Isteri sudah lebih pandai memilih diapers yang sesuai buat Alisya. Juga buat bayi yang baru kami, Azim. Faktor yang diambilkira adalah keselesaan, ketebalan, dan keserasian.
 
 
Diapers Mana Satu Pilihan Kami? . Berkongsi pengalaman, antara jenama Diapers yang memuaskan dan kami pilih kini, adalah :
 
Cuba teka? 
Dah ada XL dan XXL? Umm, memang sesuai untuk Alisya
Bayar time.. Alang-alang dah shopping, belije terus
Yup, Jenama Drypers yang menjadi pilihan kami. Time Motherhood Expo 2012, tak lepaskan peluang rembat banyak-banyak, harga murah time ini..
 
Faktor utama kami memilih drypers adalah kerana harganya yang within our budget, selesa, dan anak-anak pun selesa memakainya. Sayapun mudah nak pakaikan diapers buat anak-anak … I.e :
Drypers Wee Wee Dry untuk Alisya time berada di rumah
Diapers bagus, anak pun Selesa
 
Eyriqazz pun mudah memakaikannya buat Alisya. Ruam-ruam dan ketidakselesaan berkurang. Alisya pun nampak selesa memakainya. Kalau time berjalan jauh i.e. bercuti di Pulau Pinang seperti beberapa minggu lepas, biasanya kami akan pakaikan :
Diapers Drypers Drypantz
 
Senang nak disarungkan .Dalam kereta, di hotel, etc . Yup, time bercuti faktor masa memang penting. Alisya pun selesa memakainya. Jarang sangat dia merengek-rengek dan menangis kerana tak selesa dengan diapersnya kalau time bercuti/balik kampung. Bila anak mood happy, ibu bapa pun lebih seronok untuk bercuti/pulang ke kampung. 
 
Perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 5-6 jam last time. Pulang ke rumah, nak mandikan Alisya :
 
Mood masih happy. Selesa agaknya dengan Diapers Drypantz yang dipakainya
Siap boleh nyanyi-nyanyi lagi… 
Anak Papa…
Azim pun sama. Tidur memanjang je sepanjang perjalanan
 
2 minggu lepas, sempatlah singgahi AEON Wangsa Maju. Wahh, drypers berwajah baru, nampak lebih anggun dan menarik :
 
Drypers Wee Wee Dry
Drypers Drypantz
 
Agak menarik dan nampak lebih moden designnya. Hik3, first impression penting kan? Designnya yang lebih menarik ditambah dengan kamipun agak serasi menggunakan diapers jenama drypers ini..Antara kelebihan Drypers design baru ini adalah ianya lebih selesa dengan kulit anak-anak, design lebih menarik, lebih selesa anak-anak untuk bergerak, dan kulit sentiasa rasa kering/selesa  .. Dipendekkan cerita :
 
Belila Untuk Alisya dan Azim
 
Bagi kami, selain faktor harga, faktor keselesaan, dan harga memainkan peranan juga. Sepanjang menggunakan Diapers Drypers ini, bolehla kami katakan, ini antara jenama yang menjadi pilihan kami sejak Alisya lahir hinggalah Alisya dan hampir 3 tahun dan terus setia buat anak kedua pula. 
 
Lebih lanjut berkenaan Diapers Drypers ini, bolehla kunjungi laman web http://www.drypers.com.my atau official Fanpagenya di http://on.fb.me/L0tVBC
 
Diapers Bagus, Anak Selesa dan Drypers memenuhi citarasa dikehendaki
Sudah semesti, ianya menjadi pilihan kami

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

73 thoughts on “Diapers Bagus, Anak Selesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.