Buffet Ramadhan Makanan Melayu Tradisional di The Apartment

2 hari lepas, sempatla berbuka Puasa di The Apartment, The Curve. Menu berbuka puasa makanan melayu tradisional yang bertemakan “An Oasis of Delights” yang akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2012.
Nasi Putih, Nasi Hujan Panas
Rendang Tok
Rendang Daging. Nampak menyelerakan
Sayur-sayuran
Nampak Yummy
Ala-ala kebab
Spageti. Nampak mendapat sambutan menarik dari pengunjung
Buah-buahan n desert
Suka tengok warnanya yang berwarna-warni
Yang ni desert paling saya suka. Apa namanya ya? Serius sedap
Rambang mata
Kuih muih tradiosional
Bubur kacang
Daging Panggang. Aiseh, melepas, tak sempat nak try
Cuba air soya dan sirap selasih. Sedap
Mee Bandung
An Oasis of Delights, menyediakan menu bufet yang berbeza setiap minggu dengan pelbagai pilihan masakan melayu antaranya kerabu soo hoon, kerabu sotong, ulam-ulaman, gado-gado, rendang tok, ikan masak tempoyak, dan pelbagai lain. Tepuk dada,tanya selera.
The Apartment memberikan pengalaman berbeza dengan konsep santap pangsapuri moden dan pelanggan boleh memilih untuk bersantap di bahagian “ruang tamu, bilik tidur, ruang mandi, atau ruang perpustakaan”. Umm,satu keunikan yang berbeza.
For us, ruangan luar. Lebih selesa dan santai. Angin bertiup sepoi-sepoi
Manager Kak Ina KL masih keliru untuk memilih
Inginkan kelainan, spageti menjadi pilihan saya. Saya suka, kena dengan citarasa
Berselera isteri dan rakan-rakan bloggers menjamu selera.
Check out entri dari Kak Ina KL , Kak Ida Koleksi 1001 Resepi dan MummyCute
Terliur pula tengok Cucur Ikan Bilis. Terus angkat
Menjamu selera sambil borak-borak, memang layan juga kan?
Harga Buffet : Dewasa – RM69.90++
Kanak-kanak – RM26.90++
Untuk tempahan :
The Apartment The Curve : 03-77278330
The Apartment KLCC : 03-21662257
Once again, terimakasih buat pihak The Apartment dan RAPR Mileage Communications Sdn Bhd kerana menjemput kami sekeluarga berbuka puasa. Kenyang perut puas hati. Most of the makanan yang disediakan kena dengan citarasa kami.
Buffet Ramadhan Makanan Melayu Tradisional di The Apartment kami singgahi
Berbuka puasa senang hati
Pelbagai pilihan santapan di sini
Tepuk dada, tanya selera pelbagai pilihan menanti
Selain itu, boleh juga mencuba buffet/berbuka di sini :

1) Buffet Ramadhan Casa Ombak

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Buffet Ramadhan Makanan Melayu Tradisional di The Apartment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.