Blogr.My – Jom Ping Entri di Sini

blogr.my – Halaman Utama Blog Malaysia.
blogr.my
blogr.my ? apa tu? Kalau anda seorang blogger dan mahukan sesuatu yang baru di dalam komuniti blogging, inilah peluang anda untuk mencuba blogr.my. Rasanya masih ramai yang belum tahu mengenai kewujudan laman komuniti dan  ping blog aggregator yang terbaru di Malaysia ni. Jadi meh nak cerita sikit mengenai blogr.my.

Mengikut info yang terdapat di laman web ini sendiri, ianya ditubuhkan pada 21/1/2012 (tak sampai setahun lagi) dan semenjak dari itu seramai 1160 bloggers telah berdaftar dan sebanyak 19,700 entri telah dikongsikan di sana.

Jika anda ke laman web ini, sememangnya mudah untuk anda melihat statistik-statistik secara live dipamerkan.

Yang menariknya di sini, entri-entri yang dikongsi akan dibahagikan kepada 12 saluran yang berbeza. Kiranya macamchannel di TV. Katakan anda berkongsi entri mengenai BlogShop anda, ianya akan secara automatik dikategorikan didalam saluran Blogerai. Saluran-saluran ini diperkenalkan dengan jenama yang tersendiri contohnya seperti saluran Amboi! khas untuk hiburan dan fesyen, Burrp! untuk reviu makanan, Kontest untuk anda mempromosikan sebarang contest online dan bermacam lagi saluran-saluran lain yang menarik. Ini akan memudahkan pembaca untuk memilih

saluran yang mereka minati.

blogr.my

Setiap saluran juga akan mempunyai Entri Tajaan yang dibuatkan khas untuk blogger ataupun orang ramai untuk mempromosikan entri/blog/produk mereka di dalam tempoh yang tertentu. Setakat ini, info mengenai pembelian ruangan itu masih belum ada. 

Sebagai contoh, di saluran Kontest, Cabaran Eyriqazz vs Denaihati telah dijadikan Entri Tajaan untuk saluran itu sehingga tamatnya cabaran SEO ini.
blogr.my

 Selain itu, setelah anda mendaftar, anda juga akan mempunyai profile yang tersendiri. Sebagai contoh, jika username anda adalah eyriqazz maka halaman profile anda untuk blogr.my adalah di http://blogr.my/profile/eyriqazz. Anda

boleh melihat pelbagai info di profile anda sendiri seperti, jumlah mata yang terkumpul (dengar cerita nanti kita
 boleh redeem hadiah menggunakan mata ini), jumlah pelawat, entri-entri yang telah dikongsi dan juga senarai blogger yang mendaftar di blogr.my menggunakan referral anda.

blogr.my

Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang! Mudah sahaja, hanya daftar menggunakan Facebook atau Twitter danmasukkan username anda dan mulakan ping yang pertama! Nanti anda akan di greet oleh bot blogrMY di ruangan borak.

Owh ya, jika anda ingin maklumat lanjut mengenai blogr.my, anda boleh lawati halaman yang Soalan2 Lazim telah  disediakan. Semua persoalan anda akan terjawab di sana 🙂

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Blogr.My – Jom Ping Entri di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.