Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam

Semalam, sempat bawa Isteri ke Gedung Telekung Ekslusif lagi yang terletak di Seksyen 7,Shah Alam. As dah sampai dah agak petang, plan terus berbuka puasa area situ terus. Plan asal nak berbuka di Restoran Ayam Penyet Wong Solo, apakan daya tutup pula. Tak banyak kedai makan dibuka semalam, jadi Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.
 

Siakap Bakar, Size kecil, RM40
 
Pandangan peribadi, rasanya biasa-biasa saja tapi harganya agak mahal bagi Ikan Siakap Siakap bakar bersaiz kecil .Normally range harge Ikan Siakap Bakar hanyalah dalam lingkungan RM25-RM35. 

Ayam Bakar Bubu, RM8
 
Ini special di Restoran Ikan Bakar Bubu katanya. Kuahnya sedap tapi ayamnya bagi eyriqazz tetap biasa juga. 

Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak, RM4.50
Sotong Celup Tepung,RM22
 
Isteri cakap sedap. Tapi eyriqazz tetap tak puas hati. Masa tempah dah tanya berapa 100g? Dia cakap 100g RM5.20. Eyriqazz cakap nakla 200 gram, tapi bila tengok bil, umm, kena ketukla pula. Malas nak gaduh-gaduh bulan puasa, berlalu pergi dengan muka hampa. 
Air Tembikai RM3.50, Sirap Selasih RM2
 
Airnya sedap. Yup, kalau sedap, kata sedap. Kalau tidak memang akan dikata juga. 
Jermput Makan
 
Biasanya kalau lauk sebegini time dinner, memang habis licin kami makan. Tapi semalam walaupun lapar, Sotong Celup tepung dan separuh ayam bubu ditapau bawa balik. Dah cukup kenyang dengan most makanan yang rasanya bagi kami biasa-biasa saja.

Umm, no wonder tak penuh orang berbuka puasa di sini semalam.
Datang pukul 7 lebih pun, masih ada tempat
Total harga, RM89.50
Serius, rasa macam kena “ketuk” di Hari Pertama Berpuasa
Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.Mungkin ini kali terakhir saya singgah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

44 thoughts on “Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.