Aku Sebiji Bola Sepak

Mengimbau kembali pengalaman di sekolah .Rasanya kali ni terdetik hati nak menulis mengenai pengalaman di sekolah.Sekolah la antara tempat paling menarik sepanjang hidup kita kan?Pernahkah anda semasa di sekolah disuruh menulis dan mengarang dengan tajuk yang diberi ”Aku Sebatang Pen,Aku Sebuah Kereta atau sebagainya”.Memang bagus karangan seperti ini kerana ianya membuatkan kita berfikir,berimaginasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan daya kreatif seseorang.

Kalini aku ingin cuba mengimbau pengalaman ini dengan menulis satu nukilan yang bertajuk :

Aku Sebiji Bola Sepak
Namaku Mat Ball.Aku memang popular ,berjenama Adidas.Namun,disebalik kepopularanku ,tiada siapa yang tahu kesedihan hatiku.Korang ingat best sangat ke jadi bola ni?Ditendang ke sana kemari hanya dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam jaring.Selepas dijaringkan apa yang aku dapat?Ditendang2 lagi sesuka hati.
Kadang-kadang aku sendiri pun pelik.Bila ada pertandingan akulah benda yang paling penting tapi tiada siapa yang menghargaiku.Selalunya ada pemain terbaik, gol terpantas,gol terhebat,tapi tak pernah ku dengar bola terbaik games kali ini.
Kenapa ada 23 orang yang mengejar aku ke sana ke mari?Yang sorang tu pula ,kejar aku bukan main lagi dengan wiselnya tapi orang lain sibuk menendang,dia buat dekkjee….Aduss,terimakasih la abang referee,kurangla rasa kesakitan yang aku alami.
Namun,walaupun ditendang,aku tetap gembira kerana yang menendang aku antaranya :
Ronaldinho dan David Beckham,antara pemain bolasepak terunggul di dunia
Pedih,penat,sakit bila ditendang ke sana kemari.Namun,apa kan daya.Aku menjalankan tugasku sebaik mungkin.Ditelan mati mak,diluah mati ayah,aku tetap menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi.Lagipun  bolasepak adalah antara permainan tertua dan paling popular di dunia dan aku perlu mengekalkannya.Harap-harap suatu hari nanti aku dapat masuk Guiness Book of Records sebagai bola yang paling berjasa di dunia.Namun,harapannya agak tipis kerana aku perlu bersaing dengan jutaan bola-bola lain yang cukup hebat.Namun,aku tetap yakin,dimana ada kemahuan,disitu ada jalankan?
Aku paling takut dengan sorang mamat ni.Walaupun di tak pernah tendang aku,aku tengok dia pun dah naik cuak.Nasib baiklah dia dah bersara sekarang ni. Tapi,kadang-kadang aku tetap merinduinya kerana kurasakan dia adalah yang terbaik antara yang terbaik.Siapa ye?Cuba teka?
Toyol ke ni?Bukanlah,ini pengadil terbaik sepanjang zaman.Kenaltak?
Tidak lama lagi,aku bakal bersara kerana khidmat ku sudah tidak diperlukan lagi.Sedih rasanya,habis Zarul Umbrella ,AE muncul pula.Apalah nasib yang bakal menimpaku?Dibuang ke dalam tong sampah atau dijadikan souvenir ?Itupun kalau ada pemain terkenal sudi menandatangi di badanku.Jika tidak?Lagipun,generasi baru bola yang lebih cantik dan hebat sudah muncul mengantikanku.
Apalah dayaku, Sudah dapat Gading Bertuah,tanduk sudah tidak berguna lagi.
P/s :Amcam,boleh dapat A+tak?
Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella (aci ke recycle entry lama? Hahahaha…Mood kedaun, saja memeriahkan contest rakan-rakan)…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Aku Sebiji Bola Sepak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.