Tupperware Brands Carnival 2012 – Adakah Game Ini Dikira Berjudi?

Isteri saya memang peminat barangan tupperware. Penuh beberapa almari dengan barangan Tupperware. Weekend lepas, sempatla temankan isteri ke Tupperware Brands Carnival 2012 di Midvalley. Memang happening, meriah dan selesa meninjau. 

Tapi, ada satu part je yang saya kurang berkenan. Ada games. Kena beli tiket at least Rm10. Satu game RM2. Salah satu gamesnya :

Play And Win. Pusing Roda.
Ada pelbagai hadiah dari sudu/garfu plastik hinggalah produk tupperware. Harga not sure, maybe around rm5-rm20 bak kata Isteri
RM2 per game. 1/3 chance peserta takkan menang apa2. So, burnla RM2 tu…

Mula-mula ingat nak try juga.. Tapi bila fikir-fikir balik, macam berjudi je ni.. Alah, cam kita main tikam-tikam masa kecik2 dulu..Tarik, kalau menang dapat hadiah..Kalau tak menang, burn la 10 sen dulu.. Ye ye, saya ngaku, kecik2 dulu memang saya main games tikam-tikam tarik di papan tu…

Umm, Adakah games di atas dikira berjudi? Apa pandangan anda? 

P.s : Yup, We still love Tupperware product tapi bila ada suatu cam tak kena, tak salah kita luahkan, kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Tupperware Brands Carnival 2012 – Adakah Game Ini Dikira Berjudi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.