Pujian Patut Diberikan Kepada The Curve


Seram sejuk bila membaca kisah di atas, salah seorang pengunjung di The Curve yang hampir diculik dan dirogol bulan lepas. Kami pun selalu parking di sini especially kalau time shopping di IKEA. Reason being, lebih mudah nak cari parking jika dibandingkan parking di IKEA.

Weekend lepas, sempat singgahi IKEA dan parking di The Curve ini.Β 


Wahh, skang dah ada nombor2 berapa parking available.. Ehh, ke dah ada sebelum ini?

Bila dah parking nampak ada pak guard yang bawa kereta buggy juga. Mungkin The Curve dah ketatkan Β langkah keselamatan bagi mengelakkan tragedi berulang lagi. Banyak laa juga kereta buggy ni. Bagus, pantas tindakan diambil.

CCTV pun dah banyak dipasang

Masa nak keluar dari parking pun, nampak security lebih proaktif. Mana-mana kereta yang nampak mencurigakan/cermin gelap etc, disuluh dan suruh buka cermin. Just in case. Precaution is better than cure kan?

Syabas dan pujian patut diberikan kepada The Curve. Harap-harap shopping complex tempat lain boleh mengambil inisiatif yang sama especially SOGO dan KLCC. Kadar parking dah la mahal, so security pun kenalah lebih diperketatkan, kan? Barula rasa lebih aman nak shopping, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Pujian Patut Diberikan Kepada The Curve

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.