Perfect Romantic Escape

Teringat lagi detik berhoneymoon kali pertama tahun 2009 di Pulau Langkawi. Tak sampai seminggu lepas kahwin, terus terbang ke Pulau Langkawi menikmati Honeymoon kami. Pengalaman pertama ini memang sukar dilupakan. Pertama kali juga bawa kereta buat pertama kali lepas dapat lesen sebelum kahwin. Kekok juga la time tu, nasib baik ada Isteri  tersayang di sebelah.
 
Memang best bercuti/Honeymoon di Pulau Langkawi. Banyak juga tempat menarik yang dilawati, antaranya :
 

Dataran Helang, Pulau Langkawi. Slim lagi time ni…Hik3…

Taman Buaya. Buat muka cekudal, banyak Sang Buaya cuba nak mengorat Isteriku…
Syuuh, syuuhh, pi main jauh-jauh

Langkawi Cable Car. Gayat juga dibuatnya. Memang layan…
 
Memang seronok berhoneymoon di Pulau Langkawi. Namun, sayang, banyak tempat menarik dan aktiviti yang tak sempat buat time ni i.e. Island Hopping, melawat Beras Terbakar, Makam Mahsuri, etc…
Honeymoon kali kedua tak kurang menariknya. Lebih menarik, semuanya disponsor menang Contest Anjuran Astro dan Nuffnang timetu.. 
Hadiah Teristimewa | Honeymooner’s Package worth RM1,700+ (3D2N) di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu

Memang Cantik..Mengadap Pantai. Suasana pun Santai
 
Alisya macam faham-faham, malamtu tetiba dia nak pula tidur di BabyCot. Biasanya memang taknak. Nak je tidur sebelah kami. Ehem, ehem, one of the night that I will remember forever, dan hasilnya :
-Isteri disahkan mengandung sebulan lepas itu. Rasanya hasil dari Projek di Honeymoon kali kedua ini-
 
Time berhoneymoon, mood lebih santai dan gembira. So, kebarangkalian bagi yang merancang untuk mendapat anak agak lebih tinggi. Dengar cerita, rakan blogger @ Madammondoq kini pregnant 8-10 minggu hasil   Berhoneymoon di Awana Kijal, Terengganu . Tahniah diucapkan Madam..
 
“If you could go wherever you want, where would you go and why did you choose that as the perfect destination for you and your partner?”
Jawapan saya, saya akan memilih Pulau Langkawi lagi sekali kerana ianya mengembalikan nostalgia Percutian @ Honeymoon kali pertama. Bolehla buat aktiviti yang menarik di sana i.e. Island Hopping, melihat matahari terbenam, shopping (financially dah getting better), dan etc. Dan tempat yang akan saya pilih adalah :
 

Awana Porto Malai Langkawi (Credit picture Here )
 
Sebab utamanya, adalah lokasinya yang agak strategik dengan pemandangan yang agak cantik especially kalau dapat menginap mengadap Sea View…
Cantik kan? (Credit picture Here )
 
Plus, banyak respons dan testimoni positif tentang Awana Porto Malai Langkawi ini. Selain lokasinya yang strategik, layanan nya juga terbaik , pemandangan yang cantik, bilik yang memuaskan hati, tempat makan yang santai ,romantik dan pelbagai lagi. 
 
Selain itu, pengalaman saya selama ini bersama Hotel dari Genting Awana tidak pernah mengecewakan. Contohnya :
 
 
Tiap-tiap tahun, ini lokasi wajib kami. Bilik yang memuaskan, makanan yang menyelerakan, layanan yang mesra, kemudahan pengangkutan naik ke atas Genting Highlands disediakan. Love it, gonna visit this Hotel lagi tahun ini rasanya. 
 
Time ni pergi Treasure Hunt Syarikat
 
Viewnya di tepi pantai dengan banyak aktiviti menarik boleh dilakukan, bilik yang cantik, design hotel yang agak unik, swimming pool dan pelbagai lagi buatkan saya terpegun dan jatuh cinta. 
 
Hanya Awana Porto Malai Langkawi saja yang belum pernah saya pergi untuk resort yang disediakan oleh Awana Hotels & Resort. Namun saya yakin, ianya tentu menarik dan sebagus Resortnya di Genting Highlands dan Terengganu.
Perfect Romantic Escape saya idami
Destinasi pilihan Pulau Langkawi
Tempat menarik, banyak aktiviti untuk dinikmati bersama yang tersayang sudah semesti
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Langkawi, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Perfect Romantic Escape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.