Pengalaman Temani Isteri Bersalin

Patutkah Suami Menemani Isteri Bersalin? . Berkongsi pengalaman ketika menemani Isteri bersalin di APSH 2 bulan yang lepas.
Isteri mengalami komplikasi darah tinggi. Jadi, doktor menyarankan Isteri bersalin 2 minggu lebih awal dari due date. Nasib baik wifey dah prepare awal-awal barang yang diperlukan .Harapkan suami, memang sampai sudah la tak bersiap..Hik3…
Observation Room. Alisya memang tak banyak kerenah dan macam faham situasi Mamanya
Makanan orang nak bersalin di Hospital. Bolehla tahan juga
Malam Pertama. Makan Roti Canai di kedai mamak dekat APSH
Eyriqazz tak temani Isteri malam pertama coz Alisya takde orang nak jaga + agak sejuk nak bawa Alisya tidur sekali di hospital
Observation Room
Inilah Katil Eyriqazz di malam kedua.
Pagi 6 April 2012, selepas dimasukkan ubat, sudah terasa contraction. Bukaan 2cm. Beberapa jam lepas tu, Isteri dimasukkan ke wad bersalin.
Preparation for baby
Papa, Sakit
Memang tersentuh hati ini bila melihat Isteri kesakitan untuk beranak. Bertarung nyawa demi anak tercinta. Myself, memang eyriqazz mabuk darah namun eyriqazz gagahi jua. Masa Alisya lahir dulupun, hampir pengsan dan almost nak kena halau oleh doktor bersalin. Hik3…

 

Epidural. Eyriqazz ambil untuk Isteri bagi kurangkan rasa sakit
Kosnya RM700+
This time mungkin ambil epidural dah nak dekat sangat waktu bersalin. Jadi,nampak Isteri agak kesakitan. Papa, Sakit…Papa, Sakit Papa sambil tangan digenggam erat. Jiwa Suami mana yang tidak tersentuh melihat Isteri kesakitan,berpeluh2 dahi.

 

Doktor datang,Push Mama, Pussh sambil eyriqazz gosok-gosok dahi Isteri
Time ni eyriqazz berada di sisi Isteri ketika nak bersalin. Yup, tak boleh tengok bawah, memang rasa nak pitam bila tengok darah.
Papa, Sakitt…Papa, tak larattt….Papa, … Fuhh, rasanya lelaki pun tak sanggup alami kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu. Pussh, pussshh, pussshhhh :

 

Welcome to The World, Muhammad Izzat Azim
Azankan Azim . Memang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kegembiraan time ini
Pengalaman menemani Isteri bersalin mengajar eyriqazz erti pengorbanan seorang Isteri dan Ibu. Bukan mudah nak mengandungkan 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan seorang anak. Kalau seronok sama dirasa , kenapa tidak ketika susah kan?
 
P.s : Yup, Seorang Suami memang patut temani Isteri ketika bersalin… U will appreaciate ur love one better…

Comments

  1. Zie Fauzi says

    erkk…baca entry ni rasa takut plak nk alaminya bulan 10 ni.. InsyaAllah..tertanya2 sakit mcm bersalin kali pertama dulu ke atau sakit nya lebih lagi…

  2. Peri PiA says

    Alhamdulillah dah selamat semua

    tahniah kerana sentiasa bersama isteri disaat yg isteri amat perlukan suami bersama

  3. Nad @ MamaZN says

    suami saya tak sempat nak temankan
    masa bersalin anak kedua ni..
    sebab nurse baru panggil nama hubby soh masuk temankan,
    bininye dah selamat bersalin pun, hehe
    tp anak 1st mmg ada temankan 😉

  4. cik helena says

    mahalnya epidural tu.memang kene beli setiap kali perempuan nak bersalin ek?

    tahniah!comel gila anak bro.putih melepak!

    • says

      Epidural ni macam painkiller/ubat tahan sakit yang akan dicucuk ke tulang belakang… Coz wifey ada komplikasi darah tinggi dan tak sanggup tengok wifey menahan sakit sangat, ambilla epidural ni..

      Ianya tak compulsary..Kalau without epidural, tak taula camne nak bayangkan kesakitan yang dialami oleh isteri…

  5. Myvitrd says

    Memang pengalaman pertama menemankan isteri bersalin diKPJ mengajar erti pengorbanan seorang isteri & ibu… huhu.. derita sakit jgn cakaplahkan.. samalah macam aku tak tahan tengok isteri sakit.. doktor cadangkan untuk ambil epidural.. kurang sikit rasa sakit..

    hope untuk anak seterusnya nanti akan temankan juga wife bersalin.. insyaallah.. takkan seronok je nak sama.. time sakit suami duduk tunggu dekat luarkan ..

  6. says

    alhamdulillah, bertuahnya wife, alisya n azim dpt papa soleh cmni..sgt2 btnggungjwb..

    tharu lov mmbacanya..coz jaman skrg ni da xramai suami yg mmhami pngorbnan istri utk si suami..

    smoga fmly cek erqzz sntiasa bahagia ke akhir hyt..

    • says

      tanpa isteri siapalah suami..sayapun bukan suami yang sempurna..banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki..nasib baik ada seorang isteri yang boleh memahami kekurangan ini

  7. says

    fuhh… inilah pengorbanan seorang ibu.. menahan kesakita demi melahirkan anak tersayang.. memang patut dikeji anak2 yang membuang maknya merata2 bila mak sudah tua..

  8. says

    6 April bersalin…
    tu tarikh aii bersalin jugak bro
    kita share date besday lah azim…leh la tumpang party besday kan kan kan muahahahaha

    yes respek pd semua en2 somi yg menemani isteri ketika melahirkan bb…x lupa juga suami ku..3x beranak..3xlah peneman setia ku disisi..dialah tempat lepas sakit dialah tempat lepas jerit..dialah tempat segalanay2..without dia kt sisi…rs nutin..hehehehe sebak pulak adoyaiiii

    papepun congrat bro n wife for the luvly bb boy azim

    • says

      Wah,sama ngan azim…. kalau camni kena kasi duit raya kat azim ni..hik3…

      tahniah buat suami el juga… yup, memang patut masuk..n thanks again for the wish

  9. says

    saya hanya ada pengalaman menghantar isteri bersalin dan menunggu di luar dewan bersalin jer,,,menemani isteri bersalin di dalam dewan bersalin belum bersedia lagi,,hahaha

  10. says

    syukur semuanya dah selamat..
    tak semua hospital suami dibenarkan masuk dan semua tu ikut kemampuan masing2.. tapi isteri tentu lebih selesa bila suami berada disampingnya..

    psstt: samaler dengan en. suami ai, mabuk darah.. hikhikhik..

  11. says

    Assalammualikum..bro eyriqazz,

    tahniah dapat baby boy… sesungguhya pengorbanan isteri sungguh murni melahirkan dan merasai kesakitan bersalin.. wanita memng tabah dan kuat menghadapinya … mselim3 sendiri ada pengalaman teman isteri melahirkan anak pertama , dari masa baby keluar sampai lah selamat potong tali pusat..darah jangan cerita lah.. terharu mselim3 dengan pengorbanan isteri bertarung nyawa demi utk anak dan suami… (menitik air mata).. sedih sesangat.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Juwairiyah Binti al-HarisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing