Papa Kata Jangan

Kanak-kanak, makin dikata jangan, makin nak dibuatnya. Pening juga dibuatnya melayan kerenah Alisya yang kini semakin manja dan sensitif dengan kehadiran adiknya, Azim. Salah satu hobinya kini adalah suka sangat mengusik adiknya. Usik-usik biasa takpe, sekarangni dicubit-cubitnya pipi Azim, ditekan perut, dan kadang-kadang sampai menangis adiknya yang baru berusia 2 bulan ini ..

Kakak, Papa Kata Jangan Usik Azim
Kakak tak sayang Azim ke?

Kadang-kadang, rasa macam tak dapat nak kawal kemarahan bila Si Kakak asyik mengacau, ketuk-ketuk adiknya dengan kuat. Bila dimarah, merajuk dan menangis-nangis. Umm, normal ke situasi sebegini? Sindrom ada adik, perangai si Kakak yang semakin menjadi-jadi. Risau juga dibuatnya coz selalu dicubit pipi adiknya kuat-kuat, ditepuk2 kuat adiknya, dan pernah diletakkan bantal di muka Azim..

Umm, any suggestion nak elakkan perkara sebegini? I know, sifat si Kakak yang sensitif mungkin dia mahukan perhatian dan masih belum menerima sepenuhnya perkongsian kasih sayang. Well,sebarang cadangan dialu-alukan..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

45 thoughts on “Papa Kata Jangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.