Harga Kek Birthday Buat Alisya

Mahalke Kek Birthday? Umm , susah nak cakap. Bergantung kepada jenis kek yang dibeli kan? Berkongsi pengalaman, harga kek birthday yang dibeli untuk Alisya sempena majlis birthday nya yang ke-3 semalam :


Kek Sponge  Gambar Dora, 1kg , RM53
 Beli di Pistachios Bakery, Setiawangsa
 
Feedback : Boleh tahan sedapnya…. Kek yang paling last habis..

Kek Aiskrim Baskin Robbins, berbentuk Love
Harga : RM130
 
Feedback : Serius sangat sedap. Beralih arus dari Kek Secret Recipe ke Kek Baskin Robbins tahun ini kerana ingin mencuba suatu kelainan plus ada pengalaman kurang manis di Secret Recipe sebelum ini. Setbacknya, harga agak mahal juga. Tokey Plat WWW pun siap tanya, kek berharga RM130?
 

Kek Pavlova
Harga rasanya around RM80-120 kalau tak silap, 1kg
 
Feedback : First time cuba. Serius sangat sedap walaupun agak manis. Buah-buahannya menambahkan seri dan kesedapan. Rasa tak puas je makan. Memang hott, sekejap je dah habis. Tuan rumah pun tak sempat menambah. Hik3….. Kena order lagi lepas ni rasanya..Barula ble makan sepuas hati…Hik3…
 
P.s : Tepuk dada, tanya selera…Bagi Eyriqazz, kalau mampu dan kena dengan budget plus event setahun sekali, apa salahnya kan? Anak seronok, ibu bapa pun seronok….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Harga Kek Birthday Buat Alisya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.