Tips Memilih Restoran/Kedai Makan

As Salam dari Eyriqazz,

As both of us bekerja, memang kerap dan selalu kami makan di luar. Kali ini eyriqazz nak kongsikan tips memilih restoran/kedai makan berdasarkan pengalaman peribadi. 
#1 – First Impression

– Usually kalau first time kami nak terjah restoran/kedai makan itu, kami akan tengok dulu suasana di dalam kedai makan itu. Ramai ke orang? Meriah ke? Nampak sedap ke makanan? Kalau kurang orang or cam tak bermaya, mula la fikir 2nd thought, umm, ok ke restoran ni? Usually ianya memang betul, contoh dari kes-kes sebelum ini , positif dan juga negatif :


Local Delight Recipe ( Negatif)
–  Restoran Singgah Selalu (Negatif)
Ayam Penyet Ekspress Sunway Pyramid (Positif) 

#2 – Status Halal

Memang penting pilih restoran yang halal kan? Honestly, dulu memang as long as ada sijil halal tak kisahla dari Malaysia or luar Malaysia, memang eyriqazz masuk. Tapi sekarang sejak JAKIM mengeluarkan LOGO HALAL yang diiktiraf JAKIM, kami sudah semakin lebih berhati-hati. Nak bagi anak isteri makan, kenalah make sure makanan itu halal kan? Namun kadang-kadang kena guna sixth sense juga i.e. di tempat memang yang takde logo langsung contohnya Pasar Malam, warung tepi jalan, kedai2 di kampung halaman dan etc.
#3 – Google It

– Haa, inilah kelebihan google. Especially kalau nak singgahi Restoran untuk special occasion i.e. Birthday, Anniversary, Hari Guru etc. Jangan nanti menyesal tak sudah macam eyriqazz pernah kena dulu —> Celebrate Birthday di Restoran Sekinchan Ikan Bakar . Dek kerna percaya yang Restoran ini sedap coz pernah keluar Jalan-Jalan Cari Makan TV3, terusje terjah tanpa selidiki terlebih dahulu. Hasilnya, menyesal dan kecewa on special occasion.

Kongsi pengalaman, ada seorang rakan tergoogle entri eyriqazz pasal Restoran Istana Bambu kerana dia nak celebrate birthday/Hari Ibu. She google it and found my blog. Lepas tu she asked me directly. Umm,jadi eyriqazz pun cakaplah, yup ,makanan dan suasana di situ memang sedap dan menarik, tapi harganya mahal. So, at least eyriqazz membantu dia membuat pilihan and at the end, she said money well spent walaupun mahal .

#4 – Tanya Readers/Pembaca

– Haa, inilah kelebihan menulis blog. Dapat tanya pandangan pembaca tentang tempat makan menarik, antara yang pernah eyriqazz lakukan dan tanyakan antaranya :

Restoran Masakan Ketam – Time ni Isteri mengidam nak makan ketam
Tempat Makan Menarik di Selangor – Bertambahla list dan tempat yang bakal diterjahi dari komen pembaca
Tempat Makan Menarik di Kota Kinabalu, Sabah – time ni semasa nak bercuti di sana. So, banyak tempat makan menarik saya terjahi di sabah hasil feedback dari pembaca.

#5 – Tanya Rakan-Rakan/Word Of Mouth
– Yang ni rasanya antara yang paling boleh dipercayai especially rakan-rakan akrab. Tentula mereka akan rekomenkan restoran yang bagus dan mereka pernah singgahi kan? I..e Seorang rakan ofis saya, Cimon yang memang suka try tempat makan dan dialah yang menjadi salah seorang yang membuatkan saya teruja untuk try restoran tersebut. Yieza, word of mouth really powerful nowadays.

#6 – Sumber dari Suratkhabar/Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan etc
– Usually saya suka juga terjah dari rekomen di rancangan ini or suratkhabar tapi tak semestinya ianya Indah Khabar dari rupa . Contohnya dalam 10 restoran yang eyriqazz terjah melalui review Jalan-Jalan Cari Makan TV3, lebih kurang 3-4 dari 10 Restoran itu yang indah khabar dari rupa. So, utk part ni, sila go back to tips no. 3

#7 – Terjah Blog Eyriqazz.Com dan googlekan Restoran itu  (kalau eyriqazz pernah terjah laa)



– Myself, setiap restoran yang eyriqazz pergi akan eyriqazz cuba reviewkan. Kalau sedap, akan dikata sedap. Kalau mahal akan dikata mahal.Kalau tidak sedap, akan dikata tidak. Yup, citarasa mungkin berbeza, lain padang lain belalang, tapi for me i give my own opinion berkenaan Restoran tempat makan itu as myself pun banyak bergantung kepada feedback readers/ entry bloggers dalam memilih restoran /tempat makan pilihan.

Kalau ada tersilap salah tolong teguri ya? Hanyalah pandangan dan perkongsian peribadi dari seorang bapa/suami yang memang selalu makan di luar. Hik3…

Last but not least, kiranya tips ini membantu, sudi-sudikanlah bantu dan vote saya di hari terakhir ini . 

Bantu dan Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards di sini –> http://bit.ly/I5h6Rw

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

5 thoughts on “Tips Memilih Restoran/Kedai Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.