Tak Semua Mat Motor Itu Mat Rempit

 
Balik kerja sebentar tadi, macam biasa merempit pulang dengan Motosikal Lagenda Yamaha 115CC yang sudah berjasa kepadaku sejak mula saya bekerja tahun 2005 lagi. Besar jasanya motosikal ku itu. 
 
Dipendekkan cerita, tetiba aku terasa seakan diiekori seorang Mat Rempit. Semakin saya lajukan motosikal, semakin laju pula dia mengejar.. Adussh, takkan nak ragut eden kot? Eden ni bukannya ada duit mana pun…Cuak, takut, hati ini mula berdebar-debar….
 
Finally, Mat Rempit yang kusangkakan itu, berjaya memotongku dan menunjukkan Jari WTF nya…Ehh, bukan-bukan…Dia menunjukkan tangannya ke arah tayar motosikal ku…
 
Adusshh, patutla cam tak bermaya memecut .Rupa-rupanya motosikal ku tayar pancit. Dahla time dia potong itu betul-betul di depan Kedai Motosikal Yamaha di Jalan Genting Klang. Alhamdulillah, tak perlula mengheret jauh..
 
Moral of the story, jangan mudah membuat perception negatif ke arah orang lain. Dan tak semua Mat Motor itu Mat Rempit walaupun ada antaranya yang turut memegang title Mat i.e. Mat Joe .
 
P/s : Life is Beautiful. Gembirakan hati dan Insan tersayang…Kalau masa terluang, bantu gembirakan hati penulis blog ini juga —> http://bit.ly/I5h6Rw

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Tak Semua Mat Motor Itu Mat Rempit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.