Segmen Tegur Menegur : Part 5

Seperti dijanjikan di entri sebelum ini, 3 bloggers yang akan ditegur kali ini adalah :


Teguran:
1) Header blog kurang menyerlah.
2) Pilihan warna blog agak suram. First impression, saya lebih suka menyinggah di blog yang lebih ceria.
3) Most entri penceritaan yang tidak diselitkan dengan gambar. Mata mudah mengantuk dan lebih rasa teruja untuk klik X.
4) Widget Followes lebih sesuai berada di Sidebar
5) Susunan blog Archive. Rasanya yang paling latest lebih sesuai berada di atas. Lebih mudah pembaca tengok entri latest.
6) Template blog boleh dikemaskan lagi. 

Teguran :
1) Nama blog, header blog, dan Susunan widget blog saya suka. Agak kemas dan selesa untuk scroll down dan baca.
2) Entri diserlahkan dengan gambar yang menarik dan mempesona. Saya suka. Kalau malas nak membaca entri pun boleh usha2 gambar2 yang cantik itu… Seriuss, jealoousss…
3) Gaya Penulisan yang santai dan bersahaja. Saya suka gaya penulisan. Honestly, kenapa saya tak selalu terjah blog ni sebelum ni? 
4) Gambar yang cantik. Personally mungkin boleh kongsikan tips photografi sekali di entri. Ehh, ke dah ader? Tak sempat nak terjah semua entri lagi.
5) Blog ni ada potensi mungkin promosi masih kurang. Perlu lebihkan promosi. How to promote?  Google it or google entri eyriqazz, ada kongsikan tips promosikan blog.
6) Gaya Penulisan – Umm, mungkin boleh diperbaiki lagi. Cuba buat pembaca berinteraksi dan mengomen i.e. wujudkan persoalan di entri dan once in a while buat give away maybe? Tak mahal2 pun takper, keychain, fridge magnet etc…
7) Seriously, terjah beberapa entri, part yang paling saya suka, adalah gambar2 yang agak mempesona di blog ini. Willing to be my sifu on the photography part? U buat saya makin teruja untuk rembat DSLR…


Teguran :
1) Nama blog mudah disebut.Header agak menarik. Anak tunggal ekks?
2) Gambar-gambar di entri pun agak cantik. Suka-suka…
3) Template blog pun agak kemas. Widget-widget disusun dengan baik. Wah, rumah mesti tersusun rapi ni kan?
4) Woww Factor – Umm ,honestly…Selain dari gambar yang menarik, saya belum nampak woww factor . Minat lebih penting kan?
5) Secara peribadi, rasanya Mama Rifqy seorang Mama yang penyayang. Banyak gambar anak diselitkan di entri… 
6) Cadangan – Kongsikan Parenting tips sekali. Pengalaman peribadi membesarkan anak-anak, tips anak susah tidur etc, tips memilih sekolah anak….

P.s : Segala teguran hanyalah pandangan peribadi. Salah silap harap maafi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

42 thoughts on “Segmen Tegur Menegur : Part 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.