Now, Dare to Dream Big


Agak-agak apakah yang paling Istimewa tentang Burger Kaw Kaw Wangsa Maju ini? Adakah rasanya yang sedap? Caranya dimasak? Umm, pandangan peribadi saya, part yang paling Istimewa “Dare to Dream Big” Burger Kaw Kaw ini adalah kelainan dan keunikan yang dicipta yang sukar dicari dan juga promosi yang berkesan  i.e. Keluar di JJCM TV3, Suratkhabar, Media massa, blog dan pelbagai lagi.. In term of rasa, tak semua merasakan rasanya sangat sedap, i.e. pandangan dari Blogger ini –> Burger Kaw Kaw Wangsa Maju

Samalah juga dengan berblogging. Entri yang bagus tidak semestinya menjanjikan pembaca yang ramai dan diminati. Plus, lain pembaca, lain citarasanya. Keunikan yang sukar dicari inilah yang menjadikan sesuatu blog itu digemari dan selalu dikunjungi…Contoh keunikan pada blog popular yang eyriqazz nampak : 

 ZackZukhairi –> Wajah yang kacak ditambah pula dengan entri yang santai dan menghiburkan. For me, dia ni macam P. Ramlee versi Blogger. Baca entri nya berkali-kali pun still menyentuh jiwa.

Fatin Liyana/Hanis Zalikha/Yuyu Zulaikha –> Wajah yang sangat cantik ditambah dengan “Beauty with the Brain” membuatkan pembaca suka menerjah/stalk blog mereka . Yes,including u Cimon… Hik3…

Denaihati –> Hidupkan untuk memberi dan Contest hadiah yang lumayan.  Plus, cara mempromosikan blog yang agak unik antaranya Insentif backlinks, Contest, Rewards Points dan pelbagai lagi.  Entri yang pelbagai yang sesuai untuk pelbagai golongan umur. 

Ben Ashaari –> Rajin berkongsi backlinks mempromosikan blog-blog baru dan lama. Ditambah dengan wajah yang kacak dan juga rajin updatekan blog. Entri yang santai dan bersahaja yang mudah diterima dan tidak memberatkan minda. Yup, Followers memang penting kiranya andai mahu jana pendapatan dengan serius dengan blogging dan mencapai hits yang lebih tinggi /dipandang lebih serius oleh Potential Advertiser. Income Ben Ashaari? Umm, rasanya lebih tinggi dari Income blogging eyriqazz….

Eyriqazz –> WTFISH!! Siapa eyriqazz ni? Tak kenal pun….

Now, Dare to dream big… Carilah kelebihan blog anda yang boleh diserlahkan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Keunikan inilah yang akan membezakan anda dengan beratus ribu bloggers lain di Malaysia ini… Nothing Impossible. Tanpa wajah yang kacak/jelita, tak semestinya tidak boleh berjaya…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Now, Dare to Dream Big

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.