≡ Menu

Serius, saya hampir menitik air mata kegembiraan bila baca entri ini : Blog Blogger Famous Eyriqazz : Apa yang kamu belajar darinya? . Dalam syok sendiri, kenakan rakan bloggers sana sini, suka suki entri ikut sedap hati, dan macam-macam lagi, memang entri ini buatkan saya ke awan-awangan…


Saya Copy & Paste kan entri dia di sini sekali :

Salam untuk semua. Entri ini sepatutnya telah lama aku ‘publish’ sekitar tahun 2011 dahulu lagi. Tapi apakan daya, nak publish macam mana jika entrinya pun tidak dikarang lagi. Dahulu, aku ada meminta kebenaran daripada Blogger Eyriqazz untuk review blog beliau yang aku rasa sangat penting untuk blogger-blogger baru seperti aku contohi. Kenapa bukan blog orang lain? Bagi aku, blog Eyriqazz adalah blog yang mudah ‘difahami’ kerana menggunakan platform blogspot (maafkan aku jika salah). Dan pada aku, sebab aku tidak faham wordpress, maka aku andaikan yang blogspot lebih mudah untuk difahami dan dikuasai (walaupun aku mengaku yang aku sendiri pun xkuasainya sepenuhnya lagi).



Emel aku minta permission drpd Eyriqazz

Entri ini hanyalah untuk aku kongsi apa yang dapat aku belajar daripada pemerhatian aku berkenaan blog Blogger Eyriqazz tersebut. Untuk blogger-blogger baru seperti aku, cuba fikirkan apa yang aku hendak kongsikan ini:-

1. Eyriqazz juga bermula dengan ‘sedikit’.
    Cuba anda lihat di ‘Blog Archive’ blog eyriqazz. Dan jika dilihat entri yang ada pada tahun 2003 hanyalah sebanyak 4 buah entri sahaja!. Seriously, macam kau, kau, kau lagi dan aku waktu mula-mula kenal blog. So, dah ada satu persamaan dengan beliau dah. Orait, next apa yang perlu anda ‘terjah’ lagi. Yes! tepat sekali, isi kandungan entri beliau pada tahun 2003 tersebut. Apa yang dapat korang belajar?. Yup, tepat sekali. Gaya penulisannya yang berterabur, berselerak, tiada titik noktah dan tanda koma yang bersistematik. Isi kandungan? Terpulang kepada empunya blog. So, dah ada 2 persamaan dah. Pendek kata, janganlah korang rasa ‘inferiority complex’ pulak. Banggalah dengan blog anda sekarang.
2.  Eyriqazz juga ‘syok sendiri’ macam kau dan aku.
     Cubalah anda buka entri lama-lama beliau lebih-lebih lagi pada tahun awal-awal penubuhan blog eyriqazz. Entrinya di UK lebih macam syok sendiri yang tiada ‘makna’ untuk pembaca blognya bukan? So, dalam erti kata lain, blogger Eyriqazz mungkin ketika ini sedang cuba memahami dunia blogging dan maksud kenapa perlu serius berblog. Ialah, jika tujuan utama tiada, maka hala tuju akan kosong. Yang penting, walaupun syok sendiri, Eyriqazz tetap meneruskan berblog walaupun ‘kosong’ dan tiada jiwa. Lihat tahun 2003 (4 entri), tahun 2004 (10 entri), tahun 2005 (10 entri) dan seterusnya.
3. Eyriqazz benar-benar ‘kick off’  selepas 6 tahun berblog. Yup, selepas 6 tahun! 
   Aku tak pasti adakah ianya benar, cuma dari pemerhatian aku, entri daripada Eyriqazz mula semakin banyak dan konsisten bermula tahun 2009. 6 tahun beb baru dapat semangat dan ‘feel’ untuk teruskan berblog secara serius. Ketika ini, mungkin beliau telah mendapat ‘hidayah’ dan ‘pembuka mata’ daripada orang-orang disekeliling beliau untuk terus gigih berblog. Eyriqazz dah temui caranya. Anda dan aku pula macam mana?

4. Eyriqazz menyusun strategi posting bilangan entri minimum 60-90 sebulan!
    Jika dilihat dan diperhatikan jumlah entri Eyriqazz semenjak tahun 2010 ke atas, tidak kurang daripada 60 entri sebulan di post oleh beliau. Ini menunjukkan bahawa entri yang banyak menyumbang kepada traffik yang mencanak-canak. Mungkin anda tidak baca entri terbaru di blog Eyriqazz. Mungkin anda baca entri tahun 2009. Dan begitulah sebaliknya untuk penggemar dan pembaca tegar blog beliau.

5. Eyriqazz dan Geng Tali Barut?
    Pada aku, kewujudan geng Tali Barut adalah salah satu langkah yang genius. Kenapa genius? Jika dalam perniagaan, ia bolehlah disamakan dengan strategi lautan biru. Lor, pulak, Apa kena mengena Blue Ocean Strategy ni pulak. Tak faham la. Tak faham klik sini. Kewujudan Geng Tali Barut hanya akan melonjakkan lagi glamour ahli-ahlinya. Ianya semacam ‘executive club’ untuk sesetengah jutawan-jutawan di luar sana. Bila anda menganggotainya, anda akan rasa privilege ‘dipuja’ dan dikagumi walaupun sebagai ahli, anda tidaklah sepopular mereka yang juga ahlinya yang lain. Pendek kata, jika anda dikaitkan dalam entri blogger Eyriqazz, anda akan dapat perhatian yang sama dari kalangan penggemar blog. Good job for this initiative! 

6. Eyriqazz suka anjurkan contest.
    Ok, yang ini tidak perlu dipertikaikan lagi, jika anda ada rezeki lebih dan hendak share dengan pembaca anda, anda boleh teruskan. Ianya tidak merugikan pun, hanya akan menambahkan peminat anda. Cubalah :)

7.  Eyriqazz dikelilingi oleh blogger-blogger ‘ternama’ yang lain. So, kita juga perlu ke arah itu. Setuju? Tapi bagaimana?
     Menjadi yang terawal menyedari keuntungan berblog memang sangat bertuah. Mereka akan sentiasa menjadi bahan rujukan untuk generasi baru tahu cara berblog. Hasil kesabaran mereka sememangnya membuahkan hasil seperti sekarang. Tanyalah Eyriqazz sendiri, berapa side income yang beliau perolehi. Cecah 4 angka sebulan. Itulah berkat kesabaran dan percaya dengan kuasa blog. Dan menjadi otai dengan caranya sendiri membuatkan beliau dikelilingi oleh blogger-blogger yang seangkatan dengannya. Aku taknak samakan beliau dengan blogger Fatin Liyana yang memang ada kelebihan yang Eyriqazz tiada. Takkan Eyriqazz nak bersolek kasi nampak cun macam FL. Sebab inilah aku lebih suka ikut blog Eyriqazz yang bagi aku simply down to earth dan ‘dekat’ dihati blogger-blogger biasa macam aku dan marhain. Bagaimana nak tempatkan diri bersama blogger glemer macam diorang, senang je, back to basic Senior Junior situation, jika rasa diri tu Jr, rendahkan diri belajar dari Sr. Senang je. Janji sabar. Banyak dugaan yang akan datang menduga.

8.  Eyriqazz tidak mudah putus asa dan tahap motivasinya sangat tinggi.
     Ini salah satu kriteria yang membuatkan aku kagum dengan Eyriqazz, setiap kali entrinya akan berkisahkan berbagai-bagai cerita. Akan ada kata-kata semangat dan juga dorongan untuk pembacanya. Yup, aku akui blogger seperti Eyriqazz sudah merasai nikmat blogging. Banyak hadiah dan kemahsyuran yang dah dikecapi. Tapi tidak salah untuk kita kagumi semangat dan motivasinya yang tinggi. Ini hanya dapat membantu kita untuk terus berblog demi masa depan. (Ayat macam politician pulak, cess).

9.  Eyriqazz sentiasa ‘adakan’ masa untuk blogging. Kau dan aku takda masa, macam mana?
     Aku tak pasti macam mana Eyriqazz bahagikan masa dengan kerja dan familinya. Kadang-kadang terfikir juga, takkan isteri dia tak menyampah yang Eyriqazz asyik-asyik dengan laptop. Balik umah lepas kerja cari laptop. Malam dengan laptop. Siang laptop. Pendek kata, makan minum tidur bangun semuanya dengan laptop. Macam mana dia bahagi masa weh? Kalau orang biasa, sure kena tidur luar punya. So, aku suspect beliau adakan masa khas atau ‘dedicated time’ untuk menulis seberapa banyak entri yang boleh termasuklah yang karut marut dan setkan schedule postingnya. Or, mungkin beliau ada gadjet yang super mantap seperti iPad or Samsung Galaxy whateva untuk tulis entri dan post kan di blog beliau. But, deep down inside me, jika ada gajet canggihpun still time consuming. Manusia hanya ada masa 24 jam. Kau dan aku miliki masa yang sama. Macam mana masa diuruskan itulah yang paling penting. Jika Eyriqazz menulis entri seperti kau dan aku insan-insan marhain, aku respect dan hormat pada isterinya yang banyak bersabar demi hobi dan sumber pendapatan sampingan blogger Eyriqazz.

10.  Eyriqazz is a brand!
     Sama ada korang setuju atau tidak, aku tak peduli. Bagi aku, Eyriqazz adalah satu jenama. Jenama yang bakal meletup-letup dan menghasilkan pulangan yang lumayan. Bertuahnya Alisya kerana bapanya telah siapkan platform dan foundation rezeki tambahan untuk beliau besar kelak. It is really interesting to see how his daughter will continue his legacy after you know…Eyriqazz tiada lagi Or sudah tua tak larat menaip lagi. But, for now, for me, Eyriqazz is a brand. Everybody want to read and know about Eyriqazz. I pray for the best to Eyriqazz. Memang banyak dapat manfaat dari blog beliau.

So, cukuplah 10 point aku kupas untuk penelitian dan pembelajaran bersama. Selamat Hari Buruh untuk semua!!

P/s : Terimakasih dari saya….Bila baca entri ini, teringat balik, banyak lagi hutang entri dengan bloggers dan advertiser yang belum saya sempat langsaikan. Maaf dari saya… Mood asyik bertangguh dan dahulukan yang lain dulu membuatkan ada janji yang belum ditunaikan….

Feel free to visit blog UntuqSemua, banyak rupanya entri menarik yang dikongsikan di sana...



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • anyss 9 May 2012, 4:42 pm

    Assalamualaikum,
    Nak bagi timba kat Eyriqazz utk dia tadah ayaQ mata, biar sedondon dengan ramai yang tadah besen tengok kuch kuch hota hai mlm ni ;)

    Reply
    • Eyriqazz 10 May 2012, 10:20 am

      suka filem kuch kuch hota hai…sweeet….

      Reply
  • Rozuan Ismail 9 May 2012, 4:43 pm

    I agree with all the words that he say.saya ada lihat entri eyriqazz yg lama.too much difference. yg penting eyriqazz now is a brand. when we say about eyriqazz, everyone knows he is a blogger

    Reply
  • ecadwinkyasha 9 May 2012, 5:12 pm

    you’re most inspiring everyone include myself :)

    Reply
  • KiD 9 May 2012, 9:03 pm

    waaaahhh… terbaik lah bro. kupasan dan review mendalam untuk blog eyriqazz ini..

    Reply
  • Mama Zharfan 9 May 2012, 11:08 pm

    terbaekkk!

    Reply
  • suzzsuzie 9 May 2012, 11:16 pm

    banyak yang digali ni…apa2pun mmg i suka baca blog Eyriqazz ni..

    Reply
  • abang ensem 10 May 2012, 12:01 am

    Jeles Jeles Jeles.. Ada sape2 tak yang nak review blog abangensem.. hehehe

    Reply
  • azri johan 9 May 2012, 4:40 pm

    yup,eyriqazz terbaik..

    Reply
  • Nurul Akmal 9 May 2012, 5:05 pm

    Hundred persen nurul setuju degan entry kat atas. Sangat2 rasa kagum dengan eyriqazz.. Dari segi masa, memang nurul hairan.. Sebab blog eyriqazz sentiasa berupdate.. Nurul setuju sgt dgn Untuk semua blog ni sangat friendly fans.. Dari entry sampailah ke komen, memang sgt2 mudah difahami dan mesra peminat.. payah nak cari sperti eyriqazz yg suka share rezeki dengan fans kat blog.. Nak capai kejayaan bukanya senang.. Kena ade daya usaha yg kuat.. InsyaAllah satu hari nanti nurul nak jadi macam Eyriqazz!! Amin…

    Tq my senior, my sifu…

    P/s: jumpa ngan Abg eyriqazz dah byk kali pun stilll lagi ade perasaan malu… Aduhh camne lah nak korek rahsia kejayaan… X pe.. Nak belajar kena slow2… :-)

    All the best..

    Reply
  • Myvitrd 10 May 2012, 3:31 am

    ni baru betul2 review ni… terbaik bro.. aku nak orang tu review blog akulah nanti.. hehehe

    Reply
  • Myvitrd 10 May 2012, 3:31 am

    wah terbaik.. review yang mantop.. serius.. patut air mata jantan Mat tiger meleleh.. hehehe.. bila dia nak datang blog aku kasi review ye.. hehehe

    Reply
  • Halif Mohamad 10 May 2012, 4:14 am

    Terima kasih Bro Eyriqazz sebab sudi bagi maklumbalas pada entri terbabit. Berkenaan dengan sumbangan tu, apa kata saya post kan lagi pedometer tu untuk bro boleh bagi pada pemenang contest2 bro akan datang. Lagi ramai pemenang lagi meriah. InsyaAllah saya akan pos kan. Thanks again!

    Reply
  • Em's Family 10 May 2012, 5:20 am

    honestly, saya suke point2 yang dia bagi.. memamng betul.. and it shows u did a good job.. :) keep it up

    Reply
  • juelee 10 May 2012, 6:27 am

    mmg best… banyak info dari sini … and pd saya eyriqazz abah yg sangat penyayang =D

    Reply
  • hazman aka species1980 10 May 2012, 1:31 am

    Kalau ade contest review blog EYRIQAZZ… memang aku sokong VOTE untuk artikel nie…

    Reply
  • Suliana 10 May 2012, 1:51 am

    agree. good luck bro :-)

    Reply
  • kak ina kl 10 May 2012, 9:55 am

    wah sukanya jika blog akak ada yang bagi feed back sebegini..penuh dengan kejujuran dan keikhlasan..kalau gto boleh meleleh air mata apalagi akak yang sensitif orangnya walaupun muka nampak garang. sudi kah dikau nak bagi feed back kepada akak wahai adik blogger?

    Reply
  • lov_note 10 May 2012, 3:21 am

    woooow wiiii untung nyer..

    tp mmg itu yg best, ayt biasa je..xover..

    ada mcm2 watak, babak..eheheh -lebeyh2 plk-

    tp mmg ske bca blog nih jgk~~~

    Reply
  • juanita 10 May 2012, 6:09 am

    MMg the best..
    Masa jmp ritu…alahaiiii sgt2 la low profile
    Keep it up boss :)

    Reply
  • SYaMiLa 10 May 2012, 6:44 am

    terbaik!!!!!

    Reply
  • akubiomed 10 May 2012, 12:10 pm

    Entri yang ditulis untuk bro adalah tulisan nukilan yang jujur.

    Reply
  • Fazreen 10 May 2012, 5:01 pm

    Now you have a fan. What you give to me, you get it back. Congratulations.

    Reply
  • mommynana 11 May 2012, 6:06 am

    Bgus review dia. Mmg menang no 1 lah kalo ade contest review blog ni. Apa pun keep up ur blogging spirit. Suka baca blog ni ;)

    Reply
  • misz_eyza 14 May 2012, 1:08 am

    terbaik lah…saya setuju dgn apa yg dikatakan. dan semoga bro terus mengecapi kejayaan dalam dunia blog.

    Reply
  • Mre Beauty 16 May 2012, 1:43 pm

    Memang terbaik la…..Semoga terus berjaya..

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge