Luahan Hati Seorang Suami

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin itulah yang tengah dialami Isteriku kini. Dah melampau-lampau apabila katil ditolak-tolak dan bergerak-gerak katil Azim, saya call nurse di Perdana Specialist Hospital Kelantan, tolong tengok-tengokkan patient yang terlebih makan ubat di sebelah Isteri. Mesej dari Isteri membuatkan hati ini meronta-ronta untuk pulang dan berada di sisi Isteri :

” Thanks Sayang…Miss U A Lot.Mama n Abah Tok tido celah katil. Mama Share katil dengan Alisya atas katil.Alisya dah mula selsema, kerana semalam bilik ini sejuk sangat + water heater tidak berfungsi … Anak Sulung Papa mandi air sejuk sangat…”


Semoga Azim cepat sembuh dan derita Isteri berkurang..

Sedih bila memikirkan sudah 3 hari 2 malam, Bapa/Mak Mertua dan Alisya temankan Isteri di wad hospital. Sesiapa yang pernah duduk di wad taula camne perasaannya. Aircond yang sejuk, air yang tak menentu untuk mandi, kebosanan melanda, ditambah dengan kerenah orang sebelah yang lebih sudu dari kuah. Maaf, tidak dapat mengawal emosi……

Doa-doakan Azim cepat sembuh. Doa-doakan Boss eyriqazz lembut hati untuk luluskan cuti eyriqazz andainya lebih lama lagi Azim kena tahan di wad. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Luahan Hati Seorang Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.