Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum

Hari/Tarikh                 : 13th April 2012
Waktu                    : 7.45 malam
Tema                      : Masquerade
Warna Tema         : Merah, Hijau dan Ungu
Tempat                  : Double Tree by Hilton, KL

Terima Jemputan dari Pihak SimplySiti untuk majlis pelancaran perfume ini, Jumaat nanti. Tengok iklannya di TV3 boleh tahan juga dengan penampilan dari Khairul Fahmi etc. Wifeypun minat Siti Nurhaliza. Apakan daya, time ni berada di kampung untuk majlis Aqiqah Azim dan wifey pun masih berpantang. Kalau tidak, tentu wifey excited nak pergi.

Wondering juga, camne dia bleh invite eyriqazz coz selama ni tak pernah lagi dapat jemputan dari SimplySiti. Terimakasih buat pihak SimplySiti terutamnya buat Cik/Puan Seri Afezan atas jemputan. Kalau tidak dikampung bolehla jumpa Khairul Fahmi etc…

Sempena ulang tahun yang ke -2 SimplySiti jenama kosmetik yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah mengambil satu langkah kehadapan dengan melancarkan SimplySiti Eau De Parfum iaitu kategori terbaru dalam bidang kecantikan yang diceburi oleh jenama tempatan ini.

Memperkenalkan SimplySIti Eau De parfum, bukan sekadar wangian yang diformulasikan dengan inovasi Betaphroline yang merupakan rahsia untuk lebih harum, menarik dan gembira, SimplySIti Eau De Parfum yang menggabungkan sains dan seni dari Perancis.

Disamping itu SimplySiti turut melancarkan komersial televisyen terbaru yang turut mempamerkan wajah – wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru Liuniey Natasha. Komersial ini telahpun ditayangkan buat pertama kalinya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Ahad lalu.

Turut menjadikan pelancaran wangian ini lebih menarik, SimplySiti turut bergabung bersama David Teo (Metrowealth Pictures) dan Majalah Lisa untuk mencari 3 bakat baru yang bakal berlakon di dalam filem terbaru David Teo. Kempen yang dinamakan SimplySiti Star Search ini turut dilancarkan pada Majlis Perasmian Wangian terbaru SimplySiti ini.”

P/s : Bila pula Fauziah Latiff nak ajak ke majlis rasminya ya? Ingin sangat tunaikan hasrat Isteri teruja sangat nak jumpa Artis Kegemarannya itu…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.