Honda Hybrid : Kereta Mesra Alam Sekitar

Minggu lepas, eyriqazz ada buat entri bertajuk Kereta Oh Kereta : Ada Cadangan? . Yup, I need a better car dengan kehadiran Insan baru tak lama lagi. Terimakasih buat pembaca yang memberikan cadangan kereta terbaik buat eyriqazz. 
 
Surfing around, eyriqazz agak tertarik dengan satu kereta ini. Kereta Honda Insight Hybrid . Dengar namanya pun sudah agak classy dan meruntun jiwa. Umm, hybrid? Apatu hybrid? Nampak cam best je…Terjahi laman webnya, memang menarik juga kereta ini dan banyak spesifikasi kereta ini menarik minat saya. Antaranya :
 

1) Bentuknya yang agak Elegant dan Profesional
 
Memang sesuai dengan kami berdua yang bekerjaya. Banker dan guru.

2) Bentuk dari belakangnya pun agak menarik dan Bergaya
3) Mesra Alam Sekitar
 
Kereta hybrid dikuasakan dengan engine dan dibantu dengan motor. Mudah dikendalikan dan prestasi menyamai kereta yang menggunakan 1.6L engine. Menjimatkan tenaga dan alam sekitar kerana kuasa hybrid yang dibantu dengan motor ini membolehkan kereta ini tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada minyak petrol.
4) Sistem Dalaman yang lebih efficient antaranya CVT, Motor elektrik dan IPU
 
Hal dalaman di kereta pun penting bagi memastikan prestasi terbaik. Dengan 1.3L i-vtec dan IMA hybrid sistem ianya membantu menjimatkan minyak. Lebih efisien, lebih menjimatkan kos kan? Of course la penting sekarang ini, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kadar inflasi yang tidak sejajar dengan kenaikan gaji. Kos dan penjimatan memang dititikberatkan.

5) Mudah dikendalikan
 
Kalau susah-susah dikendalikan, umm, tak berselera laa nak beli especially bagi Isteri saya yang agak cerewet. Action is better than word, baca pengalaman rakan-rakan yang pernah test drive Honda Insight ini, memang mudah tak tidak melecehkan. Contohnya pengalaman Saudara Denaihati ini…

6) Design yang Menarik . Interior Dalaman Yang Kemas dan Selesa
 
Yieza, Ini penting especially buat isteri. Biasalah, faktor2 kecantikan ni memang tidak lari especially buat seorang isteri ke? Nak memilih, kepuasan bersama perlu dititikberatkan.

7) Ruang Yang Selesa
 
Ini antara faktor terpenting. Ruang yang selesa ,luas, so senangla nak pergi bercuti atau balik kampung Kelantan dan Terengganu. Anak-anak nak tidur semasa perjalanan jauh pun lebih selesa. 
8) Added Value yang lain
 
Antaranya ruang penyimpanan, ECON MODE untuk penjimatan tenaga yang lebih efisien, Multi Information display,kunci yang berbentuk “jack knife” (coolll) , ruang duduk yang selesa, dan hiburan. 
 
 
9) Keselamatan
 
Of course, ciri-ciri keselamatan i.e. Dual Front Airbags, Bantuan Kestabilan Kereta, ACE membuatkan saya semakin tergoda. Yup, berhati-hati di jalan raya, faktor keselamatan memang wajib dititikberatkan especially buat kami yang selalu bercuti dan pulang ke kampung yang perjalanan mengambil masa berjam-jam. Kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati kan? So, better Safe than sorry….
 
Kesimpulannya Kereta Honda Hybrid ini :
 
1) Walaupun namanya mungkin agak mengelirukan dan lain , memandu Kereta Hybrid lebih kurang sama macam memandu yang biasa kita pandu dan tidak memerlukan penjagaan yang lain dari lain/extra care. Contohnya untuk servis, pemanduan untuk perjalanan jauh,membrek, etc.. Yup, Mudah dikendalikan.
 
2) Salah satu kelebihannya adalah dilengkapi dengan ECON Mode
 
Dengan ECON Mode yang sudah disetkan dengan sistem berkomputer memudahkan pemanduan yang mesra alam dan mudah. Prosesnya berlaku secara automatik i.e. dari segi penggunaaan motor dan minyak petrol. Yup, ianya memberikan penjimatan minyak yang maksimum dan poket/wang dapat dijimatkan. Kos sara hidup semakin meningkat, penjimatan amatlah menguntungkan.
 
Tak perlula risau, Kereta Hybrid ini sudah dicipta untuk penggunaan minyak yang efisien dan lebih mesra alam. Semakin kurang menggunakan minyak , semakin bagus untuk alam sekitar kan? . Pandula macam biasa dan perolehi keunikan spesifikasi yang memberikan lebih keselesaan dan keuntungan.
Lebih informasi pasal Honda Insight Hybrid ini, bolehla singgahi SINI . Selain Insight ada beberapa produk jenis lain yang dikeluarkan Honda yang turut mempunyai ciri Hybrid . Lebih lanjut bolehla layari laman web ini : http://hybrid.honda.com.my
 
Namun, dalam pelbagai banyak spesifikasi di atas, antara yang paling membuatkan saya tertarik adalah cirinya yang mesra alam sekitar. Yup, we have to play our part. Start small and the impact will be bigger if we do it together. Ke arah yang lebih positif bermula dari individu kan? 
 
Yup, Siapa Cakap hanya “Superhero” yang Boleh Selamatkan Planet/Bumi Kita?
 
Spesifakasi Kereta Honda Hybrid menarik hati
Mesra Alam ke arah yang lebih hijau sudah semesti
Saya berkenan patutkah saya beli?
Apa kata pembaca, tolong-tolongla saya buat keputusan INI

Comments

  1. says

    Saya menyokong pengunaan kenderaan mesra alam seperti Hinda Hibrid Insight yang bukan setakat pengunaan minyak. Kadar pelepasa karbon ke udara pun kurang.

    • says

      InsyaAllah…kalau ada rezeki tak kemana kan? tengah shortlisted kan kereta yang berminat..Honda hybrid ni antara yang dishortlistedkan juga.. Kalau dpt test drive jauh2 tentu lebih bagus

  2. Matjoe says

    aku rasa la, hibrid ni untung time trafic jam, kalau time spee above 100, feul consumption lebih kurang jer

  3. Myvitrd says

    Aku pun pernah diterangkan oleh sales man yang jual kereta hybrid ni.. memang jimat minyak bro.. kasi angkat lah satu

  4. says

    kalau kereta nie tak pakai minyak banyak dan tidak memerlukan penjagaan yang lain dari lain rasanya memang sesuai bro ambik kalau mencukupi dengan bajet.

  5. says

    Insight harga dia dalam RM99K…dia mcm kete sedan yg lain…memang jimat minyak…bagi saya kalau nak buat second car atau bagi mereka family masih kecik atau masih bujang sesuai la.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing