Dalam Wad Pun Masih Pentingkan Diri Sendiri?


Betul-betul menyirat darah kali ini, di dalam wad pun masih nak pentingkan diri Sendiri?

Sikap Manusia : Dalam wad pun nak ‘gilakan’ kawasan..Kesian isteri dan Azim, dah la kawasan sebelahnya dah di sebelah tingkat dah lebih luas, ditolak2nya katil lagi agar kawasan belahnya lagi luas..Dari petang tadi eyriqazz call minta tukar ke bilik seorang, apakan daya, bilik masih penuh…”

Sejak semalam, deruan air mata yang menemani panggilan telefon dari Isteri. Serius saya tak faham, bukan dia seorang je yang susah, kenapa dalam wad pun masih nak menyusahkan hidup orang lain? Fikir-fikirkanlah, ini wad, bukannya hotel, kenapa tidak boleh bertolak ansur? 

Semakin sempit bilik wad jadinya. Tak dapat eyriqazz bayangkan camne Mak Mertua/Bapa Mertua/Alisya tidur temani Isteri malam ini… Kalau berlanjutan juga, nampak gaya, eyriqazz kena pulang ke kampung . Harap-harap Boss faham dan boleh luluskan Cuti walaupun kerja banyak lagi di ofis yang perlu disiapkan.

P/s : Sedih memikirkan Isteri yang asyik ditemani Air Mata dengan sikap manusia yang “Otak je Ada,tapi letak kat Mangkuk Tandas”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Dalam Wad Pun Masih Pentingkan Diri Sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.