Umur Bayi Berapa Bulan Boleh Naik Kapal Terbang

Jawapan di AirAsia website AskAirAsia : Boleh, dengan syarat dapatkan surat daripada doktor dan Sign Limited Liability Statement..
 
So, dengan konfidennya eyriqazz bookingkan dan beli dulu tiket untuk Eyriqazz dan Isteri sementara menanti pendaftaran nama anak dan pada masa yang sama dapatkan surat daripada doktor di APSH. Tarikh pulang ke Kelantan 11 April 2012, 6 hari usia Muhammad Izzat Azim.
 
So, petang tadi, perasaan cam kurang yakin.Pergi tanyakan sendiri di Kaunter AirAsia KL Central..
 
Jawapan Staff di Kaunter AirAsia KL Central : Sorry, memang tak boleh naik kapalterbang bayi bawah 8 hari. Gegendang telinga boleh pecah dengan pressurenya.Tak puas hati lagi, semasa drive, eyriqazz minta tanyakan di Twitter AskAirAsia :
 
Sila pastikan usia anak anda 9 hari ke atas
Thanks AzuanZahdi
 
Untuk Malaysia Airlines bolehla check entri ini : Had Umur Bayi Baru Lahir untuk Naik Kapal Terbang
 
To cut the story short, burnla tiket kapalterbang untuk Isteri dan terpaksa eyriqazz belikan tiket keretapi untuk Isteri pulang malam besok naik ngan baby. Eyriqazz balik seorang dengan kapalterbang hari rabu malam tu.
 
Saya memang pengguna setia AirAsia dan berpuas hati selama ini. Namun agak kecewa bila jawapan yang diberikan agak berbeza di laman web dan juga di twitter.Kalau di website awal-awal dah cakap confirm tak boleh naik, takdelah saya kerugian beberapa ratus ringgit . Part of it, memang kena blame diri sendiri juga la tak cek betul-betul sebelum booking. Main reason coz nak cepat nak booking tiket + kemudahan Internet yang kurang stabil di APSH dan juga harga masih lagi boleh dikatakan agak murah time bookingtu i.e. RM240 untuk dua orang walaupun perjalanan kurang dari seminggu je lagi dari time booking tu…
 
Need to be more careful in future..Lesson learn, better safe than sorry..Biar lambat asal selamat…
 
Buat AirAsia, harap-harap dapat perbetulkan kekeliruan di website juga supaya tiada pengguna yang alami situasi macam saya in future. Biasalah, kehadiran Insan baru ni banyak perkara nak kena settlekan dan kadang-kadang kesilapan sebegin tak dapat dielakkan….
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Umur Bayi Berapa Bulan Boleh Naik Kapal Terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.