What Will You Do : Masalah Dengan Penyewa Rumah

Assalamualaikum Readers,
 
 
Pengalaman menyewakan rumah pertama tidak semudah yang disangka. 3 bulan pertama, semuanya berjalan lancar. Masuk kali ini, bulan keempat sudah menampakkan ada masalah dengan penyewa rumah sekarang.Sudah ditapis sebelum ini, namun ianya tetap berlaku. Biasanya tak pernah lewat sebegini, tapi bulan ini, lain pula jadinya…
 
Loan rumah telahpun dipotong dari gaji RM1,200, namun sewa rumah belum lagi diterima dari penyewa bulan ini. Inilah jawapan yang saya terima apabila saya tanyakan lebih lanjut berkenaan “Bilakah Sewa Rumah dapat dibayar?”
 
Jawapan penyewa : Maaf Encik Eyriqazz. Saya sebenarnya belum dapat gaji. Sepatutnya dapat 28hb . Ada loan saya yang dah dua bulan dan bayar sekaligus tapi tak dapat dah jadi 3 bulan. Pening ni. Datuk tak sign lagi gaji , saya yang merana. Mungkin lepas ni saya cari kerja lain. Tadi i check lagi dengan finance belum sign dia orang cakap paling lewat 7hb March. Lagi pening macam2 commitment tak dapat bayar. Sekali lagi saya minta maaf,saya akan usahakan secepat mungkin.
 
P.s : Penyewa saya ini adalah seorang Manager bekerja di Oil & Gas, bangunan di KLCC….
 
Anyway, sudah pasti saya pun turut menerima tempiasnya. Gaji dah dipotong dan bil-bil perlu dijelaskan juga. Lebih-lebih lagi dengan persiapan menanti kehadiran insan baru tak lama lagi. Jika anda di situasi saya :
 
What Will You Do?

Patutkah Dihantar Brader-Brader Ketak untuk Kutip Sewa? 

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

95 thoughts on “What Will You Do : Masalah Dengan Penyewa Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.