Cabaran Suami Kepada Guru

2 minggu lepas, sebelum Cuti Sekolah, ada exam di sekolah. Isteri mengajar petang. Sebelum balik kerja, wifey pesan suruh hantarkan kertas soalan periksa ke sekolah coz besoknya exam pagi dan dia tertinggal nak bawa kertas soalan tu. Besar juga Cabaran Seorang Guru Millenium kan?

Fuhh, satu kotak penuh. Eyriqazz pula terlupa nak masukkan dalam kereta pagi tu 

Umm, serius sampai skang saya tak faham kenapa guru-guru masih dibebani dengan kerja-kerja Admin. Buat soalan, taip sendiri, hantar, stapler sendiri, bawa sendiri.Kalau saya pi kursus camne? Dah la wifey tengah sarat mengandung, nak angkat barang berat-berat, memang kesian dibuatnya.


Hari nak hujan. So, tunggula teksi

Naik teksi hantarkan kertas soalan peperiksaan

Hik3, Inilah antara Cabaran Suami kepada Seorang guru. Siapa cakap jadi guru ni senang ? Siang kerja, malam kerja, time cuti pun bekerja (semak kertas peperiksaan etc). Jadi Cikgu Mudah? . Cubala apply jadi cikgu dan alami sendiri.

Dari saya sekolah rendah sampaila dah beristerikan seorang guru, saya perhatikan kerja-kerja Administration yang kurang menyumbang kepada produktiviti masih lagi berterusan. 

Di manakah Silapnya? Bukankah sepatutnya kerja-kerja sebegini di “Outsource kan kepada kerani etc jadi Cikgu dapat menumpukan lebih perhatian dalam menghasilkan tenaga kerja dan pelajar yang lebih cemerlang?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Cabaran Suami Kepada Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.