Video dan Informasi Berkenaan Gula Tambahan dalam Susu Tepung


Besarkan Cabaran Membesarkan Anak?. Yup, easy said than done, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak. Dengan pengaruh media massa sekarang ini, lebih mudah kita terpengaruh dengan informasi yang kurang tepat especially berkenaan nutrisi dan pemakanan. Yup, saya masih nak bercerita tentang Gula tambahan di dalam susu tepung kanak-kanak.



Anak Sihat dan Ceria, Hati Ibubapa dan Nenek/Atok Gembira

Rasanya, menonton video dari pakar pemakanan kanak-kanak @ Prof. Peter Davies lebih meyakinkan. Teruja untuk surf pasal  video sebegini bagi meyakinkan diri sendiri akan betulke wujudnya gula tambahan di dalam susu tepung kanak-kanak . Let’s watch :


Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=dZG6WX9YBPo (with Malay Subtitle)

Antara Informasi Penting ( If u are unable to watch the video due do Internet Connection slow etc)  :

Question : Memandangkan kanak-kanak memerlukan gula dan karbohidrat sebagai sumber tenaga keseluruhan, mengapa pengambilan gula berlebihan dalam diet kanak-kanak menjadi perkara yang dikhuatiri?

Answer ( Prof. Peter Davies) : Sebenarnya, ianya satu mitos yang kanak-kanak memerlukan tenaga tambahan yang sangat besar untuk tumbesaran.Dalam masa bayiya , itu ialah kes di mana sehingga umur setahun, satu pertiga semua tenaga itu digunakan untuk tumbesaran.


Tetapi apabila bayi mencecah 12 bulan, keperluan ini jatuh dengan ketara kepada kira-kira 1-2 peratus daripada pengambilan tenaga. Jadi, anak-anak tidak sebenarnya perlu satu jumlah tenaga sangat besar untuk berkembang dengan sempurna. Akibat jika tenaga tambahan dalam bentuk gula yang ditambah dimakan oleh seorang kanak-kanak, adalah tenaga tambahan dan lemak badan berlebihan boleh menyumbang ke arah kegemukan dan obesiti”.


Kanak-kanak tidak sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak untuk membesar secara normal dan sihat. Jika tenaga tambahan diambil dalam bentuk gula diambil oleh kanak-kanak, terdapat kemungkinan bahawa kalori tambahan akan digunakan untuk membentuk lemak berlebihan dan ini boleh menyebabkan kegemukan dan berat badan berlebihan. Dari segi kalori, gula tetap gula.




Antara Informasi penting :

Question : Adakah terdapat sebarang cadangan antarabangsa bagi pengambilan gula yang sewajarnya bagi kanak-kanak?

Answer : Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan bahawa kita harus memastikan pengambilan gula tambahan kurang dari 10% daripada jumlah tenaga kita. Jadi untuk seseorang bayi berusia 2-3 tahun (seperti Alisya) keperluan tenaga diperlukan sekitar 1,500kcal sehari, tidak banyak kalori boleh diperuntukkan bagi gula tambahan.

Kata-Kata dari pakar lebih meyakinkan kan? Antara fakta penting tentang gula tambahan pada susu tepung membesar kanak-kanak :

  • Banyak susu tepung membesar kanak-kanak di Malaysia mengandungi kandungan gula tambahan yang berlebihan yang tidak diperlukan untuk nutrisi pembesaran anak-anak.
  • Semaklah label. Antara ingredient yang termasuk dalam gula tambahan adalah sucrose, corn syrup solids, glucose syrup. Selain itu, Semak di label “Karbohidrat untuk setiap hidangan” . Kandungan normal adalah 11-12g
  • Gula berlebihan boleh memberikan kesan yang tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak dan meninggikan risiko penyakit seperti kencing manis, obesiti, jantung dan pelbagai lagi.
  • Semakla dengan teliti pada susu tepung membesar kanak-kanak yang claim tiada gula tambahan pada bahan utama di label seperti “No added sucrose” or “sucrose free”. Ianya mungkin dilabelkan dengan nama yang lain untuk gula tambahan ini. 
  • Setakat ini, hanya Anmum Essential yang menepati standard ‘tanpa gula tambahan” untuk susu tepung membesar anak-anak.

Berkongsi informasi dari Kementerian Kesihatan “7 Langkah Bijak Kurangkan Gula”


Di Dalam Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia di atas, antara informasinya adalah :

1) Gula tambahan mempunyai banyak nama antaranya corn syrups solids, sucrose, dan glucose syrup solids. Jadi berhati-hati apabila terjumpa dengan produk susu tepung kanak-kanak yang redeem “no added sucrose” atau ‘sucrose free” . I.e. seperti yang di claim di produk Mamil Gold dan Enfa Mamil,S26. Sucrose free tidak bermakna tiada gula, mungkin ada nama lain yang digunakan untuk bahagian gula tambahan itu.

2) Bacalah label dan semak ingredient list, jika nama-nama gula itu berada di antara tempat terawal ingredient itu, itu adalah indikasi yang boleh dijadikan kayu pengukur kandungan gula dalam susu tepung kanak-kanak itu.

3) Carilah makanan dan minuman yang dilabelkan “no added sugar” atau kurang gula.



Tepuk dada, tanya selera…Belum terlewat untuk bertindak..Kata pepatah ,mencegah lebih baik dari mengubati, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya .

That’s one of the reason kami mengambil keputusan  menukar susu tepung Alisya kepada :

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Video dan Informasi Berkenaan Gula Tambahan dalam Susu Tepung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.