Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor melalui pengalaman saya terjahi tempat-tempat ini. Special thanks to AriffShah rekomenkan idea untuk entri ini :
Restoran ini yang terletak di Bagan Lalang, antara tempat terbaik untuk menikmati hidangan makanan laut dengan harga yang berpatutan, pemandangan matahari terbenam yang cantik , dan rasanya yang memang sedap dan menggiurkan. Antara lokasi terbaik untuk menikmati ikan bakar/seafood di Selangor.
Kekurangan : Lokasi yang agak jauh dari KL. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Setapak/Wangsa Maju.
Hidangan Mee kari, mee sup ala ketam dan udang galah sememangnya sedap dan menyelerakan. Harganya pun agak murah dan berpatutan. Highly recommended.
Kekurangan : Restoran tak besar dan sentiasa penuh. So, bawa-bawa bersabar kalau hidangan agak lewat sikit sampai.
Baru sekali terjah. Hidangan ala Pantai Timur, Terengganu. Pemiliknya salah seorang blogger popular, Tey Cindy . Kalau nak menikmati keropok lekor etc, bolehla singgahi Restoran ini.
Kekurangan : Jauh juga dengan rumah eyriqazz.
Makanan ala Ayam Penyet memang menjadi pilihan eyriqazz. Lokasinya yang tak jauh dari I-City Shah Alam dengan harga yang ‘medium’ . Sambalnya memukau, suasana santai boleh pilih nak bersila or duduk atas kerusi.
Pernah keluar jalan-jalan cari makan TV3. Tomyamnya sedap dan tempatnya pun agak santai. Bawa Isteri time birthday dia last year.
Kekurangan : Harga agak mahal especially ikan bakar dan sotong bakar. Tepuk dada, tanya selera.
Menyediakan masakan ala-ala Thai dan Melayu, tempatnya agak tersorok dengan view mengadap Tasik kecil. Harganya “medium” mahal. Tapi rasanya memang menepati citarasa kami seisi keluarga.
Kekurangan : Lokasinya yang agak tersorok dan sunyi.
Salah satu tempat kegemaran Isteri untuk menikmati Ayam Penyet.Sedap, dan menyelerakan.
Kekurangan : Kena sediakan duit lebih especially lokasinya di shopping complex. Perut kenyang, faham2 la mood Isteri untuk bershopping kan?
One of tempat dengan suasana yang agak menarik dan best. Parking pun banyak. View memang cantik. Boleh pilih nak duduk bersila (4 or lebih) atau duduk. Rasanya memang sedap.
Kekurangan : Serius harga sangat mahal…
Lokasi yang agak romantik dapat melihat pemandangan sekitar KL, menara KLCC etc. Makanannya bolehla tahan juga. Harga “medium mahal” .On a special occasion, memang best bawa orang tersayang ke sini.
Kekurangan : Portion agak besar. Dengar cerita sekarang ini restoran ini ditutup coz of legal tussle with Majlis Perbandaran Kajang. Tak silap saya coz isu sewa yang dinaikkan dengan agak melampau dari RM20K to RM80K (Sumber : Pekerja Haven Restoran)
Marvellous,marvellous. Meatballnya memang terbaiiikkkk……
Antara sate yang paling sedap pernah saya rasa . Jauh lebih sedap dari Sate Kajang. Cuma sambal dia rasanya sate kajang lebih sedap. Hargapun murah, lebih kurang RM0.70 secucuk.
Kekurangan : Lokasinya yang agak jauh dan takde cawangan sekitar KL.

Ayam Penyet lagi. Bagi penggemar ayam penyet, restoran ini pun tidak mengecewakan.
Oh ya, untuk alamat, no. telefon dan contact details , lingkungan harga restoran di atas, bolehla klik linknya. Any recommendation/cadangan restoran /tempat makan lain yang menarik dan sedap sekitar selangor, bolehla komen di sini. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang bolehla terjahi nanti dan reviewkan di blog ini.



Ana ikan bakar petai kat bangi tu xdela gempak sgt,cma blh mkn je..anyway tgh gugel tmpt mkn best2 kua blog eyriqazz ni..tq
info tempat makan yang sangat menarik, thanks
Puas hati nie kalau dapat gi makan kat sume tempat2 menarik kt selangor nie..Balik umah je teruusss bulat..
Hohoho..
info menarik ni., kalau aku pi KL nak jugak try tempat2 tu.. terutama mee ketam tu. terliuq dah ni..
Assalam, memang banyak yg popular & sedap…cuma klu mampu cari yg restoran ISLAM & makanan pun pembekalnya org ISLAM JUGA…mudah2an ada KEBERKATAN…
Assalam, memang bnyk yg popular & sedap…klu boleh kita pilih restoran ISLAM & pembekal makanan juga ISLAM…mudah2an ada keberkatan…
Why not try Mustafa Jones Burger di Restoran Kayu Manis Taman Melawati. Belakang MIA (Malaysia Institute of Art). Dekat je dgn wangsa maju.
d,arab cafe kt pusat komersial seksyen 7 n blakang unisel s.alam terbaik…mandy lamb dia teraaabaik…nasi cam bukit…order set untuk 2 orang dh mcm boleh mkn untuk 4 orang ..
semua restoran tu belum pernah pergi. in shaa Allah. nanti pasti berkesempatan
eyroqazz macam cuka ayam penyet eh..dah cuba wong solo di Bangi?..sedap juga tapi CM tak fan AP sangat..dlm list atas, paling teringin nak cuba mee kari ketam, mmg terliur betul.. insyaAllah satu hari mesti kasi sampai..
CutiMalaysia menulis… Malaysia Airlines: Sudah Beroperasi 40 Tahun. Ada Promosi Menarik Hujung Tahun?
Wong Solo bangi belum try..wong solo seksyen 7,shah alam sudah try..Rasanya itu antara ayam penyet terbaik pernah saya try…
adu sedap2 nih.. kne tmbh mee udg sbk bernam ni eyriqzz baru btol.. mmg sedap trutama aym penyeet s.alm tu..sambal dia pds n kene ngn selera kite org melayu..
lov menulis… APALAH BLOGGER TANPA…
kepelbagaian info tempat makan memudahkan pencarian tq
apaajanews menulis… waze aplikasi navigasi android
Sama-sama…
dah lama dok kl..still mencari tempat makan paling best,dan berpatutan harganya..
nanti version KL akan kuar juga
waiting for kl version..
semua makanan best dan menyelerakan


ada masa boleh terjah
Miza Yusof menulis… PROJEK 10 BLOGGERS EYRIQAZZ.COM : BERANI HADAPI CABARAN DI FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA
semua best. tapi yang aku paling tak tahan, ketam tuuu..DH ada sedia ke sabtu ni??
titan menulis… #SBB2013
Hahaha…sila buat special request dengan denaihati…
bos pembetulan,tg karang tu kuala selangor..kg saya tu,tokey satay hut jiran saya