Sky Juice Pun Dah Naik Harga?


Terbaca di The Star tadi, Sky Juice @ Air Kosong pun dah naik harga . Dari entri itu , kebanyakan kedai makan di Klang Valley mengenakan harga sehingga RM1.50-RM2.00 untuk air kosong ini. Lebih lanjut bolehla refer entri bawah ini :


Umm, jawapan yang diberikan macam kurang boleh diterima. Naikkan coz nak ikut harga semasa. Kedai makan lain naikkan, so kami pun naikkan sama. Kenalah ikut trend kan? Umm, taktik untuk pelanggan order air lain? Kos sara hidup semakin meningkat dengan kenaikan gaji yang tak sejajar dengan kenaikan barang-barang yang lain. Harga Sky Juice dan Air Kosong pun mahu dinaikkan? Baik beli air mineral je camni, satu botol 500ml baru RM1.

Air Kosong -Picture Credit Here

Rasanya baruje bulan Dec 2011 yang lepas terbaca entri dari Kak Yan : Harga Air Kosong/Suam Segelas 80 Sen – Mahalnya! . Now, baruje lebih kurang 2 bulan berlalu, sudah naik ke RM1.50-2.00. Kenaikan almost 100-200%. Fuhhh, yang susah makin susah, yang middle income menjadi susah, semakin bertambah rakyat yang tidak dapat lari dari “Rat Race”.

P/s : Untung juga berniaga air ya? I.e. Pasar Malam keuntungan air RM1 tu rasanya at least RM0.50.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Sky Juice Pun Dah Naik Harga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.